Baru-baru ini, penyelidik dari Wandera telah menemukan dua aplikasi yang mempunyai perisian iklan pop-up yang menggangu. Selain mengaut keuntungan daripada iklan tersebut, ia juga boleh menyebabkan isu lain kepada peranti terutama sekali bateri kerana iklan aktif berjalan pada latarbelakang.
Dua aplikasi dimaksudkan ialah Sun Pro Beauty Camera dan Funny Sweet Beauty Selfie yang dikatakan telah dimuat turun lebih dari 1.5 juta kali dari Google Play Store.
Selain daripada iklan, penyelidik juga menyatakan aplikasi itu turut dikenal pasti meminta kebenaran terhadap ciri-ciri dalam peranti yang membuka risiko kepada kecurian data. Contohnya seperti kebenaran untuk merekod audio pada bila-bila masa, ia membolehkan aplikasi berkenaan menggunakan mikrofon untuk mendengar sebarang bunyi disekitar peranti tanpa pengesahan daripada pengguna terlebih dahulu.
Difahamkan, kedua-duanya sudah dbuang dari senarai muat turun Google Play Store dan penyelidik turut menyarankan pengguna untuk menyahpasang aplikasi itu.
Sumber: Wandera
Berkaitan
- Google Pixel 2 Dilapor Akan Dilancarkan Pada 5 Oktober Hadapan
- Bateri Solid State Dibangunkan Oleh Samsung SDI Mungkin Melengkapkan Peranti Elektronik 2 Tahun Lagi
- Xiaomi Mi 10, Mi 10 Pro Dan Mi 10 Lite Rasmi Dilancarkan Untuk Pasaran Global
- Realme X2 Pro Akan Dilengkapi Super VOOC 50W, Cas Penuh Dalam Masa 31 Minit
- Gambar Lebih Dekat Huawei Mate 30 Lite/Nova 5i Pro
- CEO realme Kongsikan Hasil Rakaman Malam realme 3 Pro
- Google Memperkenalkan Pixel 3 Dan Pixel 3 XL
- Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan 2 April Ini
- Mi Premium Reseller Store Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Di Pulau Pinang
- HSBC Perkenal “Selfie” Untuk Proses Pengesahan Akaun Yang Baru