Brave memberikan lebih privasi kepada pelayar internet berbanding aplikasi pelayar popular yang lain.
Dalam satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Douglas J. Leith dari Sekolah Sains Komputer dan Statistik, Kolej Trinity di Dublin Ireland mendapati, aplikasi pelayar yang memberikan privasi terbaik kepada pengguna internet adalah pelayar Brave.
Ini kerana tetapan standad pelayar Brave tidak membenarkan penjejak menjejaki alamat IP pengguna serta tidak berkongsikan perincian laman sesawang yang dilayari bersama pelayan.
Ia berbeza dengan 5 lagi pelayar popular yang biasa digunakan pelayar internet ketika ini.
Penemuan ini didedahkan oleh penyelidik dalam kajian bertajuk "Web Browser Privacy: What Do Browsers Say When They Phone Home?"
Hasil penyelidikan itu diterbitkan pada 24 Februari 2020 lalu.
"We study six browsers: Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari, Brave Browser, Microsoft Edge and Yandex Browser. For Brave with its default settings we did not find any use of identifiers allowing tracking of IP address over time, and no sharing of the details of web pages visited with backend servers. Chrome, Firefox and Safari all share details of web pages visited with backend servers. For all three this happens via the search autocomplete feature, which sends web addresses to backend servers in realtime as they are typed" Douglas J. Leith.
Penyelidik juga menyimpulkan bahawa pelayar Yandex dan terbaru iaitu Microsoft Edge yang dibangun berasaskan platfom Chromium didapati sebagai pelayar paling kurang menjaga privasi penggunanya.
Jadi, pelayar manakah yang menjadi pilihan anda ketika ini?
Berkaitan
- Cepat Pasang Aplikasi ID Pemanggil Ini, Satu-Satunya Yang Diiktiraf PDRM
- Pengguna iPhone Sudah Boleh Mengaktifkan Tema Gelap Aplikasi Facebook
- Aplikasi Windows Baharu Ini Bolehkan Anda Akses Windows Dari Sebarang Peranti
- Tujuan Ciri Mesej Terpadam Sendiri Pada Aplikasi WhatsApp
- Sebelum Anda Terus Galak Menggunakan Aplikasi FaceApp Yang Sedang Tular, Apa Kata Anda Baca Ni Dahulu...
- Aplikasi Spotify Lite Kini Ditawarkan Di Google Play Store
- Buang Segera Aplikasi Pengesahan 2 Faktor Ini Selepas Dikesan Membawa Perisian Hasad Vultur
- Aplikasi Penjejak Selaman Skuba Kini Tersedia Untuk Apple Watch Ultra
- Aplikasi Belajar Bahasa Popular Ini Paling Banyak Kumpul Dan Jejaki Data Penggunanya
- Malaysia Dalam Senarai 10 Negara Miliki Capaian Internet Paling Konsisten Di Dunia - Ookla