Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Duolingo Math App Lesson Types

Aplikasi Belajar Bahasa Popular Ini Paling Banyak Kumpul Dan Jejaki Data Penggunanya

Diterbitkan September 25, 2023 · Dikemas kini September 26, 2023 oleh ariff bukhari

Berikutan kebocoran data dari aplikasi Duolingo sehingga menjejaskan 2,676,690 penggunanya di mana alamat e-mel terdedah dan kini dijual dalam talian, syarikat keselamatan siber Surfshark mencari aplikasi pembelajaran bahasa yang paling banyak mengumpul data penggunanya.

Penyelidik keselamatan Surfshark menyenaraikan sejumlah 32 titik data berpotensi yang sedang atau mungkin dikumpulkan oleh aplikasi bahasa.

Daripada kajian itu mereka mendapati, aplikasi bahasa Duolingo yang mempunyai lebih daripada 500 juta pengguna berdaftar dan lebih 60 juta pengguna aktif bulanan didapati mengumpulkan sebanyak 19 titik data, termasuk nama, alamat e-mel dan nombor telefon.

Aplikasi Belajar Bahasa Popular Ini Paling Banyak Kumpul Dan Jejaki Data Penggunanya

Walau bagaimanapun, apa yang dibimbangkan bukanlah tentang jumlah data yang dikumpul tetapi adalah tentang cara data itu diuruskan.

“Kebanyakan aplikasi ini menggunakan data yang dikumpul untuk menjejak pengguna, yang sering dilakukan dengan berkongsi data pengguna dengan pengiklan pihak ketiga atau broker data. Sembilan daripada sepuluh aplikasi yang dianalisis menggunakan data yang dikumpul untuk tujuan penjejakan, dengan purata tiga titik data dikendalikan dengan cara ini,” Surfshark.

Duolingo juga didapati menggunakan sejumlah dua pertiga data yang dikumpul, termasuk sejarah pembelian, lokasi dan nombor telefon bagi tujuan penjejakan.

“Duolingo mendahului dengan muncul sebagai juara penjejakan yang tidak dipertikaikan. Ia menggunakan dua pertiga data pengguna yang dikumpul (13 daripada 19 titik data) untuk tujuan penjejakan, iaitu empat kali ganda purata antara aplikasi yang dianalisis, “Surfshark.

Berikut adalah 10 aplikasi bahasa yang paling banyak mengumpul data penggunanya, hasil analisis penyelidik Surfshark.

Aplikasi Belajar Bahasa Popular Ini Paling Banyak Kumpul Dan Jejaki Data Penggunanya

Respon terhadap laporan itu, Duolingo menjelaskan sebab mengapa mereka mengumpul begitu banyak data penggunanya,

“Semua data yang Duolingo kumpulkan diisytiharkan secara terbuka dalam bahagian “Privasi Aplikasi” penyenaraian App Store. Duolingo mengumpul data terutamanya untuk meningkatkan prestasi produk mereka dan cara mereka mengajar. Beberapa data juga digunakan untuk memperibadikan pengiklanan yang dilihat oleh pelajar percuma.”

Berkaitan

  • Duolingo Kini Mengajar Matematik Kepada Pengguna
  • Hati-Hati, 3 Pakej Aplikasi YouTube Palsu Ini Aktif Intip Pengguna Android
  • realme C51 Hadir 28 September Ini, Harga Sekitar RM500

Sumber: Cybernews, Surfshark

(Lindungi peranti anda dengan dapatkan barisan produk Kaspersky baharu di Lazada dan Shopee sekarang.)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY