Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Internet Kini Boleh Menjana Pendapatan Melalui Pelayar Brave

Brave Didakwa Sebagai Pelayar Yang Memberikan Privasi Paling Terbaik Kepada Pengguna

Diterbitkan Mac 21, 2020 · Dikemas kini Mac 21, 2020 oleh ariff bukhari

Brave memberikan lebih privasi kepada pelayar internet berbanding aplikasi pelayar popular yang lain.

Dalam satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Douglas J. Leith dari Sekolah Sains Komputer dan Statistik, Kolej Trinity di Dublin Ireland mendapati, aplikasi pelayar yang memberikan privasi terbaik kepada pengguna internet adalah pelayar Brave.

Ini kerana tetapan standad pelayar Brave tidak membenarkan penjejak menjejaki alamat IP pengguna serta tidak berkongsikan perincian laman sesawang yang dilayari bersama pelayan.

Ia berbeza dengan 5 lagi pelayar popular yang biasa digunakan pelayar internet ketika ini.

Penemuan ini didedahkan oleh penyelidik dalam kajian bertajuk “Web Browser Privacy: What Do Browsers Say When They Phone Home?”

Hasil penyelidikan itu diterbitkan pada 24 Februari 2020 lalu.

“We study six browsers: Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari, Brave Browser, Microsoft Edge and Yandex Browser. For Brave with its default settings we did not find any use of identifiers allowing tracking of IP address over time, and no sharing of the details of web pages visited with backend servers. Chrome, Firefox and Safari all share details of web pages visited with backend servers. For all three this happens via the search autocomplete feature, which sends web addresses to backend servers in realtime as they are typed” Douglas J. Leith.

Penyelidik juga menyimpulkan bahawa pelayar Yandex dan terbaru iaitu Microsoft Edge yang dibangun berasaskan platfom Chromium didapati sebagai pelayar paling kurang menjaga privasi penggunanya.

Jadi, pelayar manakah yang menjadi pilihan anda ketika ini?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY