Maybank Dan Grab Perkenal Kad Kredit Mastercard, Tawar Pelbagai Ganjaran

Maybank kini bekerjasama dengan Grab dan Mastercard untuk memperkenalkan Maybank Grab MasterCard Platinum Credit Card. Ia bertujuan untuk menawarkan lebih banyak ganjaran kepada pengguna perkhidmatan Grab.



Kad ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Menerusinya, pemegang kad ini boleh mendapatkan lebih banyak ganjaran GrabRewards dimana ia boleh digunakan untuk menebus baucar Grab atau rakan niaga serta membuat pembayaran.

Maybank Grab MasterCard Platinum

Pemegang kad ini juga boleh menikmati 5X GRP bagi setiap RM1 yang digunakan untuk perkhidmatan Grab. Sebagai tambahan, pemegang kad akan mendapat 2X GRP untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara dan untuk pembelian e-dagang. Sementara semua transaksi lain di Malaysia akan memperoleh 1X GRP untuk setiap RM3 yang dibelanjakan.

Permohonan Maybank Grab Mastercard Platinum dibuka untuk rakyat Malaysia dengan pendapatan tahunan minima RM36,000. Pemegang kad akan turut menerima 1000 GRP dan keahlian Grab automatik yang dipertingkatkan ke Platinum selama enam bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maybank Grab Mastercard Platinum, layari laman web Maybank.

Sumber: Grab