Christie's sebelum ini sememangnya sudah dikenali dengan menjual barangan unik yang tidak terdapat pada mana-mana pasaran lain. Bongkah bulan itu dilabelkan sebagai NWA 12691 sekarang ini telah disenaraikan di laman web mereka dan dijual pada harga RM 10.8 juta tukaran wang Malaysia.
Bongkah bulan ini diperoleh melalui seorang pengkaji yang tidak dikenali di Afrika Utara pada tahun 2018 dan mempunyai berat 13.5kg. Ia merupakan bongkah bulan kelima yang terbesar pernah dijumpai di Bumi buat masa ini dan dikatakan sebahagian dari pecahan Bulan ketika asteroid melanggar elemen cakarawala tersebut.
Berkenaan dimensinya, ia dikatakan muat-muat jika diletakkan dalam kereta yang kecil. Sudah tentu ia patut dijual pada harga yang mahal disebabkan eksklusivitinya, namun apa yang utama adalah ia mengandungi elemen mineral yang asing dan juga tidak pernah dijumpai di muka Bumi ini.
Angkasawan NASA sebelum-sebelum ini sudah pun membawa masuk 400kg berat bongkah bulan melalui penjelajahan Apollo, namun berbeza dengan NWA 12691 ini, ia merupakan sebahagian dari 650kg bulan yang wujud pada muka Bumi.
Jika anda ada menjanjikan bulan bintang kepada pasangan anda, mungkin anda boleh mula menabung untuk menunaikan impian dan menghadiahkan bulan kepada mereka. Cuma, kena korek tabung sikitlah.
Sumber: Christie's
Berkaitan
- Microsoft Diberi Lesen Untuk Kembali Berdagang Dengan Huawei Selepas 6 Bulan Lamanya Disekat
- Jualan Global Siri Redmi K20 Melebihi 5 Juta Unit Dalam Masa 9 Bulan
- iPhone SE Ditawarkan Serendah RM41 Sebulan Melalui Pelan Ansuran UPackage U Mobile
- Snapdragon 732G Akan Dilancarkan Sebagai Pengganti 730G, Hadir Pada Bulan Hadapan
- MediaTek Akan Perkenal Dimensity 8100 Bulan Hadapan
- Digi Juga Tawar Pas Internet Untuk Pelajar SPM/STPM - RM20 Sebulan Untuk 15GB
- Astro Tawar Promosi Pakej Jimat 109, Internet 30Mbps, Lebih 90 Saluran Astro Pada RM109.99 Sebulan
- Kemaskini Isu Face Unlock Google Pixel 4 Bakal Hadir Dalam Beberapa Bulan
- Tak Sampai 2 Bulan Di Pasaran, MacBook Pro 2021 Ada Masalah Kad SD Tak Berfungsi
- NASA Lakar Peta Pertama Untuk Bulan Terbesar Zuhal, Titan