Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 15 kamera bawah skrin

iPhone 15 Mungkin Model Pertama Dengan Kamera Bawah Skrin, Tiada Lagi Takuk

Diterbitkan Mac 24, 2022 · Dikemas kini Mac 24, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

iPhone X antara telefon yang mengubah fenomena skrin telefon-telefon selepasnya dengan paparan penuh bersama takuk di bahagian atas walaupun menerima pelbagai tohmahan pada awalnya.

Semenjak itu, pelbagai pengeluar mula memaksimumkan nisbah skrin-ke-badan dengan menggunakan takuk lebih kecil dan skrin tanpa takuk dengan pelbagai posisi kamera digunakan.

Bagaimanapun, teknologi kamera bawah skrin masih belum diperluas walaupun kita tahu sudah ada pengeluar Android mengaplikasikannya.

Laporan daripada Korea mengatakan Apple akan meletakkan kamera di bawah skrin bersama Face ID bermula dengan iPhone 15. Ini selari dengan ura-ura iPhone 14 Pro yang akan meninggalkan takuk dan sebaliknya menggunakan paparan berlubang yang unik.

Jika laporan ini benar, ini bermakna kita hanya akan melihat paparan skrin penuh tanpa lubang dan takuk seawal 2023. Apa-apapun, sama-sama kita nantikan kerana ia masih awal untuk dipastikan.

Sumber: The Elec

Foto utama: Macrumors

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Sisi Gelap Syarikat Apple, Sekurang-Kurangnya 13 Pekerja Bunuh Diri
  • Mudah, Ini Cara Padam Hanya Angka Hujung Dalam Kalkulator iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY