Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Blizzard Akan Umum Lebih Banyak Permainan Diablo Pada Tahun Hadapan

Blizzard Akan Umum Lebih Banyak Permainan Diablo Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan Disember 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

Awal November yang lalu, kita telah disajikan dengan berita kehadiran permainan popular Diablo untuk platform telefon pintar, Diablo Immortal.

Namun begitu, pengumuman Diablo Immortal mungkin menggembirakan sesetengah peminat tetapi bagi peminat yang bermain pada komputer atau konsol, mereka sedikit kecewa kerana masih ternanti-nanti versi baru untuk platform komputer dan konsol.

Bagi memenuhi permintaan tersebut, Blizzard telah menyatakan yang mereka bersedia untuk mengumumkan lebih banyak permainan itu pada tahun hadapan.

“Kami sentiasa membaca maklum balas dan perbincangan dalaman sedang berjalan. Kami mempunyai banyak rancangan untuk Diablo merentasi beberapa projek yang akan kami dedahkan sepanjang tahun akan datang. Kami tidak sabar-sabar untuk berkongsi lebih banyak mengenai projek-projek itu, tetapi kami lebih memilih untuk menunjukkannya daripada bercerita tentangnya.” Antara petikan pengumuman yang dibuat pada forum battle.net.

Anda salah seorang pemain Diablo? Apa komen anda tentang perkhabaran terbaru dari Blizzard ini?

Sumber: Blizzard

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY