Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark Powerbank Berkapasiti 10,000mAh Dilancarkan

Black Shark Powerbank Berkapasiti 10,000mAh Dilancarkan

Diterbitkan Ogos 31, 2019 · Dikemas kini Ogos 31, 2019 oleh ariff bukhari

Mampu mengecas telefon pintar Black Shark 2 Pro sehingga 43% hanya dalam masa 30 minit.

Jenama pengeluar telefon pintar dari China, Xiaomi telah melancarkan peranti bank kuasa terbaru mereka, Black Shark Powerbank.

Peranti bank kuasa ini berkapasiti 10,000mAh dan hadir dalam reka bentuk ranggi yang direka menyerupai  telefon pintar Black Shark Pro 2.

Peranti bank kuasa ini dilengkapi dengan  2x sambungan USB-A dan 1x sambungan USB-C (in/out). Kuasa pengecasan yang disampaikan adalah setinggi 18W dan mampu mengecas telefon pintar Black Shark 2 Pro sehingga 43% hanya dalam masa 30 minit sahaja.

Ia juga dilengkapi lampu LED dan suis bagi menukar kepada kuasa pengecasan yang lebih rendah untuk menegcas aksesori lain seperti fon kepala.

Nalah ia juga turut memiliki ciri keselamatan terbina dalam dari litar pintas dan kepanasan melampau. Peranti Black Shark Powerbank ini sudah pun mula dijual di China dan dijangka akan turut ditawarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Harga jualan peranti bank kuasa ini dijangka berharga sekitar RM90.

Sumber: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY