Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
black shark 3

Black Shark Bakal Menyokong Kapasiti Pengecas 100W

Diterbitkan Jun 19, 2020 oleh ariff bukhari

Black Shark Malaysia baru sahaja melancarkan model telefon pintar flagship mereka paling berkuasa iaitu Black Shark 3 Pro.

Tetapi kini muncul khabar angin terbaru bahawa model telefon pintar flagship itu bagi modelnya yang akan datang bakal menyokong kapasiti pengecas sehingga 100W.

Ketika ini memang diketahui oleh para pemerhati bahawa pihak Xiaomi dan Vivo sudah memperlihatkan teknologi pengecasan antara 100W dan 120W sejak tahun 2019 lalu.

Bagi mengaplikasikan pengecas 100W pada peranti bersaiz telefon pintar, ia tidaklah semudah yang disangka.

Menurut Lu Weibing, Pengarah Jenama Redmi menyatakan bahawa terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diatasi terlebih dahulu seperti keupayaan ketahanan bateri, prestasi, keselamatan dan senario pengecasan.

Penggunaan pengecas 100W dikatakan akan mampu mengecas sebuah telefon pintar yang dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh hanya dalam masa 17 minit sahaja.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY