Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini

Black Shark 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini

Diterbitkan April 18, 2020 · Dikemas kini April 18, 2020 oleh Helmi Samsuri

Pasaran telefon pintar gaming di Malaysia bakal menerima penawaran terbaru penghujung April ini dengan kemasukan rasmi Black Shark 3.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Black Shark Malaysia semalam menerusi penstriman secara langsung yang disiarkan pada laman Facebook mereka.

Screenshot 2020-04-18 at 11.35.50 AM

Tidak menyatakan secara spesifik variasi mana yang akan dibawa, pelancaran secara rasmi itu akan dilakukan pada 30 April 2020, kira-kira seminggu lebih dari sekarang.

Imbas kembali spesifikasi, Black Shark 3 diumumkan pada awal Mac lepas dengan skrin OLED 6.67 inci, kadar penyegaran 90Hz dan kadar segar input 270Hz.

Black Shark 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini

Menguasakan peranti adalah cip pemproses Snapdragon 865, ditemani tiga konfigurasi memori; RAM 8GB/128GB, RAM 12GB/128GB, dan RAM 12GB/256GB.

Kamera belakang pula menghidangkan tiga lensa iaitu 64MP+13MP+5MP sementara rakaman hadapan ditugaskan kepada kamera 20MP.

Black Shark 3 menyokong pengecasan pantas 65W digunakan untuk mengisi kuasa bateri 4720mAh. Untuk maklumat lanjut mengenainya, sama-sama kita nantikan acara pelancaran tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY