
Diberikan penambahbaikan berbanding model sebelumnya, versi Pro kini ditampilkan dengan cip pemprosesan Qualcomm terbaru iaitu Snapdragon 855 Plus, storan UFS 3.0 serta ciri RGB yang lebih mengancam.


Selain itu, latensi sentuhan peranti pada peranti ini dapat dikurangkan kepada 34.7ms berbanding Black Shark 2. Memperagakan skrin paparan AMOLED berukuran 6.39 inci, ia menyokong resolusi FHD+ dan diperkuatkan lagi dengan ciri pembesar suara stereo.

Bahagian dalaman peranti menghidangkan sistem memori RAM 12GB dengan pilihann storan 128GB atau 256GB yang dijamin lebih laju dengan penggunaan standard UFS 3.0. Bagi pengalaman permainan mudah alih lebih baik, Black Shark 2 Pro turut dilengkapi sistem penyejukan 3.0 dengan plat serta tiub bagi pengurusan haba yang lebih optimum.
Bertugas untuk merakam foto bahagian belakang, dwi kamera dipasang dengan lensa utama 48MP (f/1.75) sementara sebuah lagi adalah sensor 12MP (f/2.2). Rakaman bahagian hadapan pula digalas oleh lensa 20MP (f/2.0).

Black Shark 2 Pro dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang mana ia menyokong pengecasan pantas 27W disalurkan melalui port USB C. Disamping pengecas dan kabel, Black Shark 2 Pro juga disediakan dengan aksesori seperti sarung pelindung dan alat kawalan permainan.

Untuk pasaran Malaysia, Black Shark 2 Pro bakal dijual pada harga RM2499 untuk RAM 8GB/128GB dan RAM 12GB/256GB dijual pada nilai RM 2999 dimana penjualannya sudah bermula hari ini.
Berkaitan
- Nokia 4.2 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM599
- Malaysia Antara Negara Yang Dipertimbangkan Untuk Pengeluaran Produk Apple
- Pengguna Samsung S9 Dan S9+ Malaysia Mula Terima Kemaskini Android Pie
- Xiaomi Redmi 4A Dengan Storan 32GB Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM469
- Amerika Syarikat Beri Lesen Lanjutan 2 Minggu Kepada Huawei
- realme Book Akan Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM2499 Pada 27 Ogos Depan
- Set Rasmi Mi Band 3 Akan Dipasarkan 27 September Ini
- Xiaomi Memperkenalkan Mi 9 Pro 5G, Dilengkapi Snapdragon 855+ Dan RAM 12GB
- 12 Telefon Pintar Terawal Yang Akan Dikemaskini Dengan MIUI 10
- Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact - Harga Dan Spesifikasi Tertiris