Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
black hat

Black Hat Asia 2020 Ditunda Ke Bulan September 2020

Diterbitkan Februari 22, 2020 oleh ariff bukhari

Persidangan keselamatan itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Mac dan April ini.

Bagi mereka yang mungkin sudah merancang bagi menghadiri persidangan keselamatan BlackHat Asia 2020 yang akan berlangsung di Singapura, pihak penganjur telah memaklumkan bahawa mereka telah menunda persidangan tersebut kepada 29 September hingga 2 Oktober 2020.

“We are pleased to announce that Black Hat Asia 2020 will now take place September 29 – October 2 at the Marina Bay Sands in Singapore. We look forward to hosting the latest information security research at these new dates and will provide further updates on the event soon.” Informa.

Persidangan 4 hari yang menghimpunkan pakar-pakar keselamatan teknologi dari seluruh dunia ini sepatutnya dijadualkan akan berlangsung dari 31 Mac hingga 3 April 2020.

Tetapi disebabkan oleh keributan serangan wabak Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia ketika ini, pihak penganjur telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura supaya menginjakkan tarikh tersebut ke bulan September dan Oktober.

Sekurang-kurangnya, persidangan ini tidak dibatalkan sepertimana acara CP+ dan MWC 2020 yang terpaksa dibatalkan terus tahun ini.

Singapura yang akan menjadi tuan rumah Black Hat Asia 2020 dilaporkan sudah berdepan lebih daripada 80 pesakit positif Covid-19.

Daripada jumlah itu, Channel News Asia melaporkan sebanyak 47 pesakit telah berjaya dipulihkan, 39 masih kekal dihospital dan 5 lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ia sekaligus menjadikan Singapura sebagai negara paling banyak merekodkan kes Covid-19 di luar China.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY