Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BlaBlaCar Umum Luaskan Perkhidmatan Kongsi Kereta Ke-20 Buah Negara, Termasuk Malaysia

BlaBlaCar Umum Luaskan Perkhidmatan Kongsi Kereta Ke-20 Buah Negara, Termasuk Malaysia

Diterbitkan Julai 1, 2026 · Dikemas kini Julai 1, 2026 oleh ariff bukhari

BlaBlaCar, platform perkongsian kereta terbesar dunia dari Perancis, mengumumkan langkah besar dengan memasuki 20 negara baharu, menjadikan kehadirannya kini di 41 pasaran global.

Ini merupakan pengembangan terbesar syarikat itu dalam tempoh sedekad, didorong oleh peningkatan kos sara hidup dan harga bahan api yang menjadikan carpooling semakin relevan.

Negara baharu yang akan tersedia perkhidmatan mereka termasuklah di:

  • Amerika Latin (Argentina, Chile, Bolivia, Colombia, Ecuador, Peru, Paraguay, Uruguay),
  • Eropah (Albania, Bulgaria, Greece, Moldova, Bosnia, Macedonia ),
  • Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina), 
  • Afrika Utara (Maghribi).
BlaBlaCar Umum Luaskan Perkhidmatan Kongsi Kereta Ke-20 Buah Negara, Termasuk Malaysia
India menjadi pasaran perkongsian kereta terbesar BlaBlaCar di mana pada Ogos 2025, negara itu telah mencapai 2 juta penumpang, sekali gus menjadi satu rekod bersejarah untuk platform tersebut.

BlaBlaCar memaklumkan, antara Mac hingga Jun 2026 sahaja, lebih 800,000 pemandu baharu telah menyertai platform ini.

Menurut CEO Nicolas Brusson, model BlaBlaCar bukan sahaja menjimatkan kos perjalanan, malah meningkatkan kuasa beli pengguna.

Pada tahun 2025, pemandu BlaBlaCar berjaya menjimatkan lebih €568 juta.

Pasaran utama seperti Brazil mencatat lebih 25 juta penumpang, Mexico 6 juta, manakala India kekal sebagai pasaran terbesar dengan 19 juta penumpang dan pertumbuhan 47%.

Selain manfaat ekonomi, BlaBlaCar turut menekankan kelestarian. Pada 2025, penggunaan platform ini berjaya mengelakkan pelepasan 4 juta tan CO₂.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pengasas Bersama Gojek Dihukum Penjara 10 Tahun Kerana Rasuah Perolehan Chromebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY