Bank Islam hari ini memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti isu keserasian melibatkan aplikasi BIMB Mobile versi 2.10.1 pada peranti yang menggunakan sistem operasi Android 17.
Susulan itu, Bank Islam menasihatkan pengguna Android 17 supaya menangguhkan kemas kini BIMB Mobile kepada versi 2.10.1 sehingga dimaklumkan kelak.
Bagi pengguna yang sudah mengemas kini aplikasi kepada versi tersebut, transaksi perbankan masih boleh dilakukan melalui BIMB Web sebagai alternatif buat sementara waktu.
Setakat ini, Bank Islam belum memaklumkan bila isu berkenaan dijangka dapat diselesaikan. Sebarang perkembangan lanjut akan dikongsikan kepada pengguna dari semasa ke semasa.
