Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bersedialah Mengadap Nama Baru “Instagram from Facebook” dan “WhatsApp from Facebook”

Bersedialah Mengadap Nama Baru “Instagram from Facebook” dan “WhatsApp from Facebook”

Diterbitkan Ogos 5, 2019 · Dikemas kini Ogos 5, 2019 oleh ariff bukhari

Facebook di mana-mana…

Selepas membeli platfom perkongsian gambar Instagram pada harga USD1 bilion pada April 2012 dan kemudian membeli pula platfom sembang sosial WhatsApp pada Februari 2014 pada harga lebih daripada USD19 bilion, kini Facebook sudah sedia meletakkan nama Facebook bersama nama kedua-dua platfom tersebut.

The Information yang mula melaporkannya memaklumkan bahawa syarikat gergasi rangkaian sosial itu akan menjenamakan kedua-dua platfom tersebut kepada “Instagram from Facebook” dan “WhatsApp from Facebook”.

Penjenamaan ini dijangka akan mula dipaparkan di Apple App Store dan Google Play Store tidak lama lagi. Langkah meletakkan nama Facebook bersama 2 platfom ini tidak mengejutkan kerana sebelum ini firma pembangun realiti maya (Virtual Reality) Oculus telah mula diletakkan “from Facebook” padanya selepas Facebook membeli firma tersebut pada tahun 2014 lalu.

Bersedialah Mengadap Nama Baru “Instagram from Facebook” dan “WhatsApp from Facebook”

“We want to be clearer about the products and services that are part of Facebook” Jurucakap Facebook.

Walaubagaimanapun, tindakan menamakan platfom sosial popular ini kepada nama baru tersebut mungkin tidak disenangi kepada sebahagian pengguna. Paling tidak pun, ia akan kelihatan menjengkelkan kerana pengguna tidak perlu diingatkan yang ia dimiliki oleh Facebook.

Tapi, bagaimana pula dengan anda? Adakah anda rasa sesuai penjenamaan baru ini atau anda tidak kisah pun dengannya?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY