Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Firefox 72

Bermula Versi Firefox 72, Mozilla Akan Menyekat Kaedah Penjejakan “Fingerprinters”

Diterbitkan November 27, 2019 · Dikemas kini November 27, 2019 oleh ariff bukhari

Firefox 72 akan ditawarkan dalam bulan Januari tahun hadapan nanti.

Mozilla, pembangun aplikasi pelayar Firefox memaklumkan mereka akan meningkatkan lagi ciri perlindungan penjejakan pelayar mereka pada versi Firefox 72.

Bermula pelayar Firefox 72, mereka akan memperkenalkan tetapan baharu pada pelayar tersebut yang dikenali sebagai “Fingerprinters“.

Fingerprinters merupakan metode penjejakan yang membenarkan laman-laman sesawang menjejak penggunanya berdasarkan tabiat pengguna ketika menggunakan komputer mereka, selain menerusi penjejakan ke atas kuki (cookies).

Bermula Versi Firefox 72, Mozilla  Akan Menyekat Kaedah Penjejakan “Fingerprinters”

Cara Fingerprinters berfungsi adalah dengan membina profail pengguna berdasarkan tetapan resolusi skrin komputer, pelayar yang digunakan, bahasa, extension yang dipasang pada pelayar, font dan sistem operasi komputer yang digunakan mereka.

Kesemua maklumat itu dikompilasikan sebagai satu fingerprint unik bagi menjejak penggunanya ketika mereka sedang melayari internet.

Maka dengan adanya ciri tetapan fingerprint nanti, pelayar Firefox akan dapat menyekat metode penjejakan itu dari menjejak penggunanya.

Pelayar Firefox 72 hanya akan ditawarkan dalam bulan Januari 2020 nanti. Tetapi pengguna boleh mencuba versi beta pelayar ini dengan memuat turun aplikasi Firefox Nightly.

Ketika ini versi terkini pelayar Firefox adalah v70.0.1.

Sumber: Techdows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY