Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bermula 2022 Google Akan Menggunakan Bahan Kitar Semula Pada Perkakasan Dan Peranti Mereka

Bermula 2022 Google Akan Menggunakan Bahan Kitar Semula Pada Perkakasan Dan Peranti Mereka

Diterbitkan Ogos 6, 2019 · Dikemas kini Ogos 6, 2019 oleh ariff bukhari

Tahun hadapan, kesemua produk Google yang dihantar atau diterima dari pelanggan mereka akan neutral karbon.

Google mengumumkan komitmen mereka dalam usaha bersama penjagaan alam sekitar di seluruh dunia. Dalam laman blog Google hari ini, Anna Meegan, Ketua Kemampanan, Perkakasan Pengguna memaklumkan bahawa mereka dalam proses secara berperingkat akan menggunakan bahan kitar semula ke dalam semua produk peranti keluaran mereka.

“These commitments will build on the foundation and progress we’ve already made“. Google

Mereka menyasarkan, bermula tahun 2022 nanti kesemua produk-produk yang dihasilkan Google akan turut mengandungi bahan-bahan yang dikitar semula.

Selain itu, mereka turut memaklumkan pada 2020 nanti, 100 peratus  produk yang dihantar atau diterima daripada pengguna mereka akan neutral dari bahan karbon.

Usaha Google ini adalah sebagai bukti bahawa mereka memanfaatkan teknologi dan meletakkan penggunanya sebagai yang paling utama.

Chromecast Generasi Ke-3 Dikatakan Dijual Sebelum Hari Pelancaran

Antara produk Google yang sudah pun dihasilkan dari bahan kitar semula adalah termasuklah peranti Chromecast yang menggunakan plastik dari proses kitar semula serta fabrik yang terdapat pada peranti pembesar suara Google Home.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
©2026 WISER.MY