Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 10 Insider 18898: Task Manager Akan Papar Jenis Cakera Keras Yang Digunakan Komputer

Bermula 2020, Kemas Kini Windows 10 Bermula Dengan Label 2004

Diterbitkan November 30, 2019 oleh ariff bukhari

Windows 10 2004.

Menerusi Windows 10 Insider Preview Build 19033  yang dilepaskan kepada pengguna Windows versi beta, Microsoft secara diam-diam telah mengubah label kemas kini Windows 10 kepada 2004, menggantikan 20H1.

Microsoft menjelaskan, label digit 2004 digunakan bagi mengelakkan kekeliruan dengan sebarang produk mereka terdahulu.

“Eagle-eyed Windows Insiders will notice that that as of this build, 20H1 officially shows it is version 2004. We have chosen to use 2004 as the version to eliminate confusion with any past product names (such as Windows Server 2003).” Microsoft.

Ketika ini, versi Windows 10 terbaru adalah Windows 10 1909. Bermaksud Windows 10, tahun 2019 (19) bagi bulan September (09).

Walaubagaimanapun, Microsoft menamakannya sebagai Windows 10 November 2019 Update. Ini kerana kemas kini Windows 10 1909 itu hanya dilepaskan kepada pengguna dalam bulan November baru-baru ini.

Ini bermakna, Windows 10 2004 tidak bermakna ia akan dilepaskan kepada pengguna dalam bulan April 2020 nanti. Microsoft sebelum ini pun memang tidak pernah tepat melepaskan versi kemas kini Windows kepada pengguna berdasarkan label yang ditawarkan.

Lagi satu contoh yang boleh di ambil adalah kemas kini Windows 10 1903 yang sepatutnya dilepaskan pada bulan Mac 2019 tetapi hanya ditawarkan dalam bulan May. Lalu Microsoft menamakan kemas kini Windows 10 1903 sebagai Windows 10 May 2019 Update.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY