Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bermain Permainan Video Bersama Boleh Meningkatkan Kadar Produktiviti Pejabat – Saintis

Bermain Permainan Video Bersama Boleh Meningkatkan Kadar Produktiviti Pejabat – Saintis

Diterbitkan Januari 30, 2019 oleh Haikel Areff

Bermain permainan video mungkin dianggap membazir masa bagi sesetengah pihak, namun kajian saintis dari Brigham Young University(BYU) menunujukkan yang sebaliknya.

Menurut mereka, bermain permainan video bersama rakan sepejabat mampu meningkatkan kerjasama antara mereka dan dapat meningkatkan produktiviti di pejabat.

Dalam kajian yang dijalankan, mereka telah membentuk satu pasukan kerja baharu dan memberikan masa untuk mereka bermain permainan video bersama-sama.

Hasilnya, selepas bermain permainan video bersama selama 45 minit, kadar produktiviti mereka dalam melaksanakan sesuatu tugas didapati meningkat sebanyak 20%.

Dalam kajian berkenaan, mereka telah membahagikan 352 peserta yang tidak mengenali antara satu sama lain kepada 80 pasukan secara rawak.

Seterusnya, mereka diminta terlibat dalam satu latihan geocaching yang dinamakan sebagai Findamine, satu latihan yang dibangunkan oleh pengkaji terdahulu.

Bermain Permainan Video Bersama Boleh Meningkatkan Kadar Produktiviti Pejabat – Saintis
Wavebreakmedia

Selepas selesai pusingan pertama latihan tersebut, 80 pasukan berkenaan dibahagikan kepada tiga aktiviti team building iaitu bermain permainan video, melakukan kerja rumah serta membincangkan cara untuk menambahbaik keputusan latihan geocaching mereka.

Kesemua aktiviti berkenaan dijalankan selama 45 minit dan hasilnya, pasukan yang berain permainan video merekodkan peningkatan markah sebanyak 20% apabila pusingan kedua latihan geocaching berkenaan diadakan.

Melihat kepada keputusan tersebut, Greg Anderson, salah seorang professor di universiti tersebut mencadangkan syarikat untuk mendapatkan konsol permainan video daripada membelanjakan ribuan dollar bagi mengadakan program team building. 

Bagaimanapun, para pengkaji tersebut tidak menolak kemungkinan keputusan berbeza mungkin diperolehi sekiranya peserta yang terlibat mengenali antara satu sama lain.

 

Sumber: Sciencedaily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY