Malaysia kini mencatatkan kedudukan keempat tertinggi di dunia dalam penggunaan ChatGPT, menurut laporan DataReportal yang diterbitkan pada Julai 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh GWI menunjukkan bahawa 39.7% pengguna internet di Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas telah menggunakan ChatGPT dalam tempoh sebulan terakhir. Kedudukan ini meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang sangat aktif dalam transformasi…
Kategori: Berita
Meta Bangunkan Alat Seakan Jam Tangan Untuk Menaip Dengan Isyarat Tangan
Meta menerusi makmal Relaity Labs mereka telah membangunkan alat seakan jam tangan yang membolehkan kawalan peranti melalui isyarat tangan, malah hanya dengan niat pergerakan tanpa perlu menyentuh apa-apa. Menggunakan teknologi surface electromyography (sEMG), ia mengesan isyarat elektrik halus dari otot lengan dan pergelangan tangan, lalu menukarnya kepada arahan digital seperti menggerakkan kursor atau menaip di udara….
iQOO Neo 10 Buka Peluang Pelajar Cipta Nama Dalam e-sukan
Empat universiti telah bersatu dalam satu acara penuh semangat dan persaingan apabila iQOO x Honor of Kings Campus Tour 2025 berjaya dijalankan dengan penuh meriah. Acara ini bukan sekadar kejohanan permainan mudah alih, tetapi turut menjadi platform pembangunan kemahiran pelajar melalui dunia e-sukan. Acara ini disokong sepenuhnya oleh iQOO Malaysia yang mengetengahkan peranti iQOO Neo…
China Buktikan Masa Depan Robot Humanoid Bukan Lagi Fantasi
China memperlihatkan kemajuan besar dalam teknologi robot humanoid di World AI Conference (WAIC) 2025 yang berlangsung di Shanghai, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia kecerdasan buatan (AI). Lebih sedozen robot humanoid dipamerkan dengan pelbagai kebolehan seperti menyusun barang, bermain mahjong, bertinju, serta menghidang minuman. Walaupun pergerakan sesetengahnya masih kelihatan kaku, peningkatan tahap kecanggihan berbanding tahun-tahun…
Selepas 36 Tahun, Peranti Permainan Mudah Alih Pertama Di Dunia Kembali Dalam Bentuk LEGO
Jika anda peminat tegar peranti permainan mudah alih dan peminat permainan klasik, anda pastinya teruja apabila LEGO memperkenalkan model ikonik Game Boy dalam bentuk set binaan berskala hampir 1:1. Model ini menampilkan sejumlah 421 keping bata LEGO yang mengekalkan butiran asli Game Boy asal seperti butang kawalan, tombol audio, dan slot memasukkan kaset permainan. Malah…
Lepas Ini Kandungan Tak Sesuai Di YouTube Akan Disemak Lebih Cepat Di Malaysia
Google mengumumkan bahawa Content Forum, badan kawal selia kendiri industri di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kini menyertai Program Priority Flagger. Kerjasama ini bertujuan menyokong usaha Malaysia dalam mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat. Melalui program ini, Content Forum diberikan akses kepada saluran khas bagi melaporkan kandungan yang berpotensi melanggar dasar di YouTube…
