Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iQOO Neo 10 Buka Peluang Pelajar Cipta Nama Dalam e-sukan

iQOO Neo 10 Buka Peluang Pelajar Cipta Nama Dalam e-sukan

Diterbitkan Julai 28, 2025 · Dikemas kini Julai 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Empat universiti telah bersatu dalam satu acara penuh semangat dan persaingan apabila iQOO x Honor of Kings Campus Tour 2025 berjaya dijalankan dengan penuh meriah. Acara ini bukan sekadar kejohanan permainan mudah alih, tetapi turut menjadi platform pembangunan kemahiran pelajar melalui dunia e-sukan.

photo_2025-07-28 10.36.49

Acara ini disokong sepenuhnya oleh iQOO Malaysia yang mengetengahkan peranti iQOO Neo 10 sebagai peranti utama sepanjang kejohanan.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8s Gen 4 dan cip Superkomputing Q1, iQOO Neo 10 memberikan prestasi peranti andalan yang membolehkan setiap pemain mendapatkan kelebihan dalam setiap perlawanan. Dari peringkat kelayakan kampus hinggalah ke pentas grand final, peranti ini memastikan pengalaman gaming yang lancar dan responsif.

photo_2025-07-28 10.36.51 (1)

Antara universiti yang terlibat dalam tour ini termasuk Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), University College Sedaya International (UCSI), serta Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) yang menjadi hos bagi perlawanan akhir.

photo_2025-07-28 10.36.53
photo_2025-07-28 10.36.56

Apa yang membezakan acara ini daripada kejohanan biasa ialah penglibatan aktif pelajar dalam pengurusan keseluruhan acara.

Pelajar terlibat dalam menganjurkan kelayakan kampus, merangka kempen pemasaran, dan mengurus logistik acara.

Melalui pengalaman ini, mereka membina kemahiran dunia sebenar yang sukar diperoleh melalui pengajaran dalam kelas.

Razer juga tampil menyumbang peralatan siaran profesional untuk membantu pelajar yang berminat dalam bidang penyiaran e-sukan.

photo_2025-07-28 10.36.48
photo_2025-07-28 10.36.55

Pasukan yang muncul sebagai juara membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM6,000, 2,500 token dalam permainan, set kepala Razer Barracuda X, baucar Razer Gold bernilai RM200, beg iQOO dan sarung jari khas.

Pasukan naib juara pula menerima RM3,000 bersama token permainan dan barangan eksklusif, manakala tempat ketiga dan keempat turut menerima hadiah wang tunai dan token permainan.

Dua pasukan terbaik dari setiap universiti menerima 1,000 token permainan sebagai pengiktirafan atas prestasi mereka.

Bersempena kejayaan tour ini, iQOO turut melancarkan promosi istimewa melalui iQOO Fans Day. Peranti iQOO Neo 10 versi 512GB ditawarkan pada harga RM1,999 berbanding harga asal RM2,199, manakala versi 256GB ditawarkan pada harga RM1,899. Promosi ini berlangsung dari 18 Julai hingga 8 Ogos 2025.

Berkaitan

  • iQOO Neo 10 Dilancar Di Malaysia – Snapdragon 8s Gen 4 & Bateri 7,000mAh, Bermula RM1,999
  • iQOO Z10 Kini Di Malaysia - Snapdragon 7s Gen 3, 7300mAh, Harga Serendah RM1399
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY