OpenAI kini memperkenalkan ciri ‘study mode’ dalam ChatGPT yang direka untuk membantu pengguna menyelesaikan sesuatu topik melalui pendekatan langkah demi langkah, berbanding hanya menerima jawapan secara terus. Menurut kenyataan rasmi di blog OpenAI, ciri study mode mula tersedia hari ini untuk semua pengguna ChatGPT dalam pelan Free, Plus, Pro dan Team. Bagi pengguna ChatGPT Edu pula, ciri…
Kategori: Berita
Cukai Barangan Mewah Tak Jadi, Tapi Barang Mewah Tetap Dicukai
Kerajaan tidak akan meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan Mewah (HVGT) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, namun prinsipnya telah dimasukkan dalam kerangka cukai jualan baharu, di mana barangan mewah dan tidak keperluan kini dikenakan cukai 5% atau 10%. Pada masa sama, Cukai Barangan Nilai Rendah (LVG) yang berkuat kuasa 1 Januari 2024 telah menjana RM500 juta…
MCMC Keluarkan 279 Arahan Kepada Telco Untuk Tangani Isu Kualiti Perkhidmatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan sebanyak 279 Arahan Suruhanjaya kepada pelbagai penyedia perkhidmatan mudah alih di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 154 arahan dikeluarkan kepada YTL Communications, diikuti CelcomDigi (50), TM Technology Services (38), U Mobile (27) dan Maxis (10). Menurut MCMC, arahan itu selaras dengan Penentuan Suruhanjaya No.2 Tahun 2023 bagi…
iOS 18.6 Kini Tersedia – Pembetulan Pepijat, Lebih 20 Tampalan Keselamatan
Apple hari ini mengeluarkan iOS 18.6, iaitu kemas kini keenam untuk sistem operasi iOS 18. Versi terbaharu ini hadir lebih dua bulan selepas pelancaran iOS 18.5. Antara pembaikan penting dalam iOS 18.6 termasuk penyelesaian kepada isu dalam aplikasi Photos yang sebelum ini boleh menghalang pengguna daripada berkongsi filem memori (memory movies). Selain itu, iOS 18.6…
PC Windows Anda Kini Boleh Dikunci Dari Jauh Dengan Telefon Pintar Android
Microsoft kini mengemas kini aplikasi Link to Windows di Android dengan ciri baharu yang membolehkan pengguna mengunci PC Windows 11 dari jauh menggunakan telefon. Ciri ini berguna jika anda yang mementingkan keselamatan data tapi terlupa mengunci PC selepas meninggalkannya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah buka aplikasi dan tekan butang “Lock PC”, dan komputer akan…
Benarkan Guna Telefon Pintar Sebelum Umur 13 Boleh Jejaskan Kesihatan Mental Kanak-Kanak – Kajian
Satu kajian terbaru mendedahkan, penggunaan telefon pintar sebelum umur 13 tahun boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental kanak-kanak, terutamanya dalam aspek pemikiran seperti fikiran membunuh diri, lemah kawalan emosi, berasa harga diri yang rendah dan rasa terasing daripada realiti. Kesan yang paling ketara pula didapati berlaku pada kanak-kanak perempuan. Kajian yang melibatkan hampir 2…
