Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Benarkan Guna Telefon Pintar Sebelum Umur 13 Boleh Jejaskan Kesihatan Mental Kanak-Kanak – Kajian

Benarkan Guna Telefon Pintar Sebelum Umur 13 Boleh Jejaskan Kesihatan Mental Kanak-Kanak – Kajian

Diterbitkan Julai 29, 2025 ยท Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh ariff bukhari

Satu kajian terbaru mendedahkan, penggunaan telefon pintar sebelum umur 13 tahun boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental kanak-kanak, terutamanya dalam aspek pemikiran seperti fikiran membunuh diri, lemah kawalan emosi, berasa harga diri yang rendah dan rasa terasing daripada realiti.

Kesan yang paling ketara pula didapati berlaku pada kanak-kanak perempuan.

Kajian yang melibatkan hampir 2 juta individu di 163 negara ini mendapati bahawa semakin awal seseorang kanak-kanak memiliki telefon pintar, semakin rendah tahap kesejahteraan mental mereka.

Antara punca utama termasuklah gangguan tidur, buli siber, hubungan keluarga yang negatif dan pendedahan awal kepada media sosial.

Ekoran itu, penyelidik mencadangkan larangan global terhadap penggunaan telefon pintar dan media sosial bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Malah, ramai pakar mencadangkan umur paling sesuai untuk mendedahkan anak kepada media sosial ialah selepas umur 16 tahun, selari dengan kajian dari UK dan pandangan pakar psikologi seperti Jonathan Haidt.

Walaupun tindakan mengehadkan penggunaan telefon pintar mungkin sukar dilaksanakan, ia boleh dipermudahkan dengan sokongan komuniti ibu bapa serta kempen seperti “Wait Until 8th“, yang menggalakkan ibu bapa bersama-sama menangguhkan pemberian telefon pintar sehingga tamat sekolah rendah.

Kepada ibu bapa yang sudah membenarkan anak mereka menggunakan telefon pintar, pakar menasihatkan agar tidak panik.

Teapi mereka perlu memantau sebarang tanda kesan negatif.

Ibu bapa juga digalakkan untuk berbincang secara terbuka dengan anak-anak, menetapkan semula peraturan jika perlu, dan mendapatkan bantuan profesional jika ada tanda masalah kesihatan mental.

Jadi, adalah penting menangguhkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak kerana ia bukan sahaja melindungi kesihatan mental mereka, tetapi juga memberi ruang untuk perkembangan emosi dan sosial yang lebih sihat.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Kuasa Elektrik Setinggi 800Watt Berjaya Dihantar Secara Wayarles Sejauh 8Km
  • vivo X Fold5 Rasmi, Telefon Lipat Dengan Kamera ZEISS Berharga RM6,999

Sumber; CNN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY