ASUS telah memperkenalkan kad grafik edisi khas, GeForce RTX 5080 Noctua Edition, yang merupakan kad grafik kelima hasil kerjasama dengan Noctua. Istimewanya kad grafik ini adalah ia model GPU permainan pertama dengan konfigurasi tiga kipas bersaiz 120x25mm serta yang pertama menggunakan kipas Noctua NF-A12x25 G2. Ia dilengkapi ciri penyejukan heatsink (penenggelam haba bersirip) yang direka…
Kategori: Berita
(Video) Robot Unitree G1 Lepasi Pelbagai Halangan Dalam Sukan Robot Dunia
Mengkagumkan, keupayaan robot untuk mencapai apa yang mampu dilakukan manusia mungkin sudah tidak jauh. Keyakinan itu hasil daripada apa yang diperlihatkan dalam Sukan Robot Humanoid Dunia Pertama yang telah berlangsung di China baru-baru ini. Antara pencapaian mengkagumkan yang dicapai dalam sukan ini adalah keupayaan robot G1 dari Unitree yang memperlihatkan keupayaannya melepasi kategori sukan pelbagai…
Apple Dilapor Pertimbang Guna Google Gemini Untuk Kuasakan Siri
Apple nampaknya terbuka dengan pelbagai pilihan dalam usaha membangunkan generasi baharu pembantu suara Siri. Selepas dikaitkan dengan OpenAI dan Anthropic, kini nama Google pula mula disebut-sebut. Menurut laporan Mark Gurman dari Bloomberg, Apple kini dalam peringkat awal perbincangan dengan Google untuk menggunakan Gemini sebagai asas kepada versi baharu Siri. Malah, Google dikhabarkan sudah mula melatih…
Huawei Tingkat Peluang Pekerjaan Graduan Sarawak
CENTEXS (Centre for Technology Excellence Sarawak) dan Huawei Malaysia melancarkan CENHUA 2.0 semasa ASEAN AI Summit 2025. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan Sarawak dengan latihan teknologi, pensijilan industri, dan aplikasi AI dalam pelbagai sektor. Antara peranan utama CENHUA 2.0 adalah ia akan menyediakan kursus pensijilan industri dalam teknologi baharu seperti AI, membangunkan kandungan akademik…
Meta Dilapor Jalin Perjanjian Bernilai ~RM42.1 Bilion Dengan Google Cloud
Meta dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan Google Cloud bernilai lebih $10 bilion (~RM42.1 bilion) untuk tempoh enam tahun. Perjanjian ini merangkumi penggunaan pelayan pusat data, storan, rangkaian dan perkhidmatan lain Google. Langkah ini selaras dengan strategi CEO Mark Zuckerberg yang kini agresif melabur dalam infrastruktur AI dan membina pasukan untuk mencapai apa yang beliau sebut…
Malaysia Lancar Bank Pertama Di Dunia Dikuasakan AI
Malaysia mencatat sejarah dengan pelancaran Ryt Bank, bank pertama di dunia sepenuhnya dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI). Dibangunkan oleh YTL Group dengan kerjasama Sea Limited, Ryt Bank dicipta khas untuk rakyat Malaysia, menggunakan bahasa, budaya dan gaya hidup tempatan sebagai asas pengalaman perbankannya. “Dengan Ryt Bank, kita membuktikan Malaysia mampu melahirkan inovasi bertaraf dunia yang…
