Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 Ace Pro 2

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga RM2,229

Diterbitkan Oktober 1, 2025 · Dikemas kini Oktober 1, 2025 oleh ariff bukhari

Insta360 Ace Pro 2 yang dibangun hasil kolaborasi antara Insta360 dan Leica sudah pun tiba di Malaysia.

Kamera ini dilengkapi sensor 1/1.3″, rakaman 8K, dan lensa Summarit dari Leica, menjadikannya kamera aksi serba boleh untuk fotografi dan videografi.

Malah ia menyokong aksesori Tilta Explorer Kit yang mmenambahkan lagi elemen analog memberikan rasa klasik pada pengguna.

Insta360 Ace Pro 2 3

Insta360 Ace Pro 2 turut dimuatkan dengan keupayaan AI seperti kawalan suara, gesture, Auto Edit dan AI Highlights Assistant memudahkan pengguna merakam dan menyunting tanpa perlu jadi pakar teknikal.

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga RM2,229
Insta360 Ace Pro 2 lebih tahan lasak, kalis air sehingga 12 meter (atau 60 meter dengan Dive Case) serta dilengkapi skrin sentuh lipat 2.5” yang lebih terang dan tahan lama. Ia kini turuttersedia dalam pilihan edisi terhad warna putih dan edisi Marq Marquez.
Insta360 Ace Pro 2 MM

Dengan bateri 1800mAh dan mod Endurance, ia mampu bertahan 50% lebih lama berbanding model sebelumnya.

Kini ditawar dalam edisi putih (terhad), Insta360 Ace Pro 2 dalam pilihan warna putih yang baru sahaja tiba di Malaysia ditawarkan pada harga bermula RM2,229, manakala edisi Marq Marquez (MM93) pula berharga RM2,499.

Beli Insta360 Ace Pro 2 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzsu0
  • Lazada – https://invl.me/clmzsts

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • SanDisk Perkenal Storan Rasmi Untuk ROG Xbox Ally X Dan ROG Xbox Ally
  • Insta360 Lancar 'Speaker' Berkuasa AI Untuk Pejabat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY