Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd dilaporkan kembali mempertimbangkan rancangan penggabungan yang berpotensi mewujudkan pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia dari segi nilai pasaran, sekiranya urus niaga itu berjaya dimuktamadkan. Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumbernya, Maxis telah meminta beberapa bank dan firma guaman terpilih mengemukakan cadangan untuk dilantik sebagai penasihat bagi kemungkinan…
Kategori: Berita
Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
Google kini membuka pendaftaran untuk program Registered App Stores, yang membolehkan kedai aplikasi pihak ketiga menawarkan pemasangan aplikasi dengan sekali tekan (tap) serta kemas kini automatik di Android. Program ini akan tersedia di Malaysia mulai 1 Disember 2026, khusus pada peranti yang menjalankan Android 17 QPR2 atau versi lebih baharu. Menurut Google, aplikasi daripada kedai…
Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
Sebuah syarikat teknologi pengiklanan Israel didakwa menyasarkan pengguna internet satelit Starlink melalui iklan dalam talian yang dipercayai digunakan untuk mengenal pasti lokasi atau menjejaki mereka. Menurut laporan eksklusif Reuters, enam sumber yang mengetahui perkara tersebut mengaitkan aktiviti berkenaan dengan syarikat Discover-Tech. Penyelidik TrendAI, unit keselamatan siber di bawah Trend Micro, mendapati entiti yang mereka jejaki…
Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
Kecerdasan buatan (AI) membuktikan kegunaannya dalam pelbagai situasi harian apabila menemukan semula fon telinga (earbud) yang hilang hanya dalam masa lima minit dengan bantuan ChatGPT. Menurut perkongsian oleh seorang pengguna di Reddit, pengguna berkenaan kehilangan satu unit fon telinga tanpa wayar berwarna putih di kawasan yang dipenuhi batu kerikil. Pencarian berdepan cabaran kerana fungsi pengesanan…
ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global – Omdia
Pasaran panel monitor OLED global dijangka berkembang pesat pada 2026, dengan jumlah penghantaran diunjurkan mencecah 6.1 juta unit, meningkat 79% berbanding tahun sebelumnya, menurut firma penyelidikan Omdia. ASUS pula dijangka kekal sebagai pembeli panel monitor OLED terbesar dunia, merangkumi sekitar 23% daripada keseluruhan penghantaran panel global bagi tahun ini. Sementara syarikat lain seperti MSI, Samsung,…
Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup cip kecerdasan buatan (AI) canggih menerusi rampasan 30 unit server yang dianggarkan bernilai RM49.5 juta. Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL), Aspalila Ag Tuah, berkata rampasan itu dilakukan selepas pemeriksaan di zon perdagangan bebas lapangan terbang berkenaan pada bulan ini. “Server berkenaan diisytiharkan sebagai ‘komponen elektronik’…
