Nvidia kini telah mengumumkan acara “GeForce RTX: Game On” akan diadakan pada 12 Januari 2021. Menerusi acara ini, Nvidia dijangka memperkenalkan kad grafik baharu dalam siri GeForce RTX 3000. Penstriman langsung acara tersebut akan diadakan secara maya pada hari kedua acara CES 2021 berlangsung. Nvidia turut mengesahkan acara ini akan dihoskan oleh Jeff Fisher yang…
Kategori: Berita
Apple Dijangka Akan Melancarkan AirPods Pro Lite Dengan Harga Lebih Murah
Menurut laporan daripada media Korea Selatan, Apple dijangka akan melancarkan AirPods Pro Lite. Rekaan bagi fon telinga ini akan sama sahaja dengan versi terdahulu tetapi versi Lite dikatakan tiada ciri-ciri pembatalan hingar aktif. Tambahan lagi, pembekal cip H1 dari Korea Selatan turut mengatakan bahawa sistem dalam pakej (SiP) pada versi Lite adalah berbeza iaitu ia…
Teknologi Satelit VSAT Digunakan Untuk Sedia Internet Di Kawasan Pedalaman
Teknologi satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT) digunakan oleh kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan internet di kawasan-kawasan terpencil, termasuk di pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, penggunaan teknologi ini adalah selaras dengan langkah untuk memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan…
Tanpa Simpati, Apple Enggan Memulangkan USD16 Ribu Yang Dibelanjakan Seorang Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Di Dalam App Store
Seorang ibu bernama Jessica Johnson dari Connecticut, A.S terkejut selepas kad kredit miliknya telah dicaj sehingga USD16,000. Pada awalnya dia telah membuat laporan berlaku caj transaksi palsu pada kad kredit miliknya dalam bulan Julai lalu apabila caj kad kreditnya sudah berjumlah USD16,293.10. Walaubagaimanapun, hanya dalam bulan Oktober lalu barulah dia diberitahu bahawa caj kad kredit…
China Sudah Rancang Untuk Melancarkan Rangkaian 6G Menjelang Tahun 2029
Akademi Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi China dan Liu Lihong, Timbalan Menteri Perindustrian dan Teknologi Maklumat mengatakan China telah membina rangkaian 5G terbesar di dunia. Kini, mereka telah merancang untuk melancarkan rangkaian 6G menjelang tahun 2029. Buat masa sekarang, terdapat 718,000 stesen pangkalan 5G telah dibina di China dimana pembinaan rangkaian 5G secara besar-besaran akan berlaku…
realme 7 5G – Model realme 7 Paling Berkuasa?
realme baru sahaja melancarkan sebuah telefon pintar terbaharu mereka dalam siri realme 7 iaitu realme 7 5G. Apa yang menarik mengenai model terbaharu ini adalah ia merupakan model telefon realme 7 paling berkuasa dalam sirinya dan juga hadir dengan rangkaian 5G, sesuatu yang terbaharu untuk siri ini. Cip MediaTek Dimensity 800U, Lebih Berkuasa realme 7…
