Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengeluaran Kereta Ford Dan Nissan Terjejas Disebabkan Kurang Bekalan Cip

Pengeluaran Kereta Ford Dan Nissan Terjejas Disebabkan Kurang Bekalan Cip

Diterbitkan Januari 12, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu kita dapat lihat banyak produk terjejas disebabkan kekurangan bekalan terutama cip semikonduktor yang banyak digunakan dalam teknologi masa kini.

Produk seperti iPhone, kad grafik malah pengeluar semikonduktor sendiri menghadapi masalah yang sama. Berikutan itu, kekurangan pasaran cip ini juga memberi kesan terhadap dunia automotif di mana Ford dan Nissan terpaksa mengehadkan pengeluaran kereta mereka disebabkan kekurangan bekalan cip semikonduktor.

Pengeluaran Kereta Ford Dan Nissan Terjejas Disebabkan Kurang Bekalan Cip
Sumber: Reuters

Gangguan bekalan ini adalah disebabkan penutupan beberapa pengeluar semikonduktor ini pada tahun lepas yang juga atas faktor pandemik COVID-19.

Selain itu, pembekal utama seperti NXP Semiconductor mengatakan mereka tidak menyangka pengeluaran automotif pulih sebegitu cepat selepas berlakunya pandemik sehinggakan mereka sukar mendapatkan bekalan serta memenuhi permintaan.

infotainment kereta
Infotainment System

Tambahan lagi, jenama seperti Volkswagen, Fiat Chrysler dan Toyota juga menerima nasib yang sama. Hanya General Motors dan BMW sahaja masih belum terjejas tetapi mereka tetap memantau situasi yang berlaku terhadap jenama-jenama besar ini.

Jika anda yang tidak tahu, cip ini banyak diguna pakai dalam kereta moden di mana ia akan menggerakkan sistemĀ infotainment, bantuan pemandu dan malah alat kemudi kereta (steering).

Sumber: Reuters, Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY