Aplikasi Waktu Solat "Salaat First" Dilaporkan Turut Jejak Dan Jual Data Pengguna Muslim

Berita mengenai aplikasi popular Muslim Pro yang telah dijual data kepada pihak ketiga mencuri tumpuan ramai beberapa bulan lepas.

Kini, VICE telah melaporkan sebuah lagi aplikasi waktu solat sama iaitu Salaat First turut sama terlibat dalam isu yang sama.

Salaat First, dikatakan menjejak dan menjual data pengguna Muslim kepada pihak yang lain.

Sebuah agensi dinamakan Predicio dikatakan mengumpul data yang diperoleh oleh aplikasi Salaat First dan menyalah gunakan data seperti lokasi pengguna, model telefon, sistem operasi, alamat IP, serta waktu dan tarikh.

Untuk makluman, Predicio adalah syarikat data broker yang terlibat dengan kerajaan Amerika Syarikat dan juga berkerja dengan kastam Amerika, dan juga FBI.

Walaupun Salaat First ada pada kedua-dua platform Android dan iOS, platform iOS tidak menghantar data kepada Predicio.

Di Google Play Store, aplikasi ini telah dimuat turun lebih dari 10 juta memberi bayangan berapa banyak data yang telah dipungut oleh pihak ketiga tersebut.

Pembangun di sebalik Salaat First telah mengakui bahawa aplikasinya menghantar data kepada Predicio bermula Mac 2020.

Namun, beliau telah menghentikan penghantaran data kepada Predicio sejak Oktober 2020 disebabkan ramai pengguna melaporkan ia mengakibatkan penggunaan bateri yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, antara tempoh dari Mac sehingga Oktober, data-data yang diperoleh oleh Predicio ini sudah berada dalam hak milik mereka dan boleh dijual kepada syarikat lain pula.

Sumber: VICE

Berkaitan