Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum acara yang dinanti-nantikan bakal berlangsung, iaitu pelancaran pertanti terbaharu Samsung menerusi Galaxy Unpacked. Seiring dengan peredaran zaman, Samsung kali ini tampil dengan keunikan sendiri di mana acara pelancaran tersebut akan diadakan dalam alam meta (metaverse). Berdasarkan laporan, Samsung menggunakan lokasi baharu yang dicipta di Decentraland yang mana pengunjung boleh…
Kategori: Berita
Xiaomi Jadi Jenama Telefon Pintar Pilihan Rakyat Malaysia Bagi Tahun 2021
Berdasarkan data terbaharu daripada Canalys, Xiaomi merupakan jenama telefon pintar pilihan rakyat Malaysia kerana mereka menduduki tempat pertama dalam pengeluar telefon pintar di Malaysia bagi tahun 2021. Ini bukanlah kali pertama, Xiaomi pada suku pertama tahun lalu juga dinobatkan sebagai jenama telefon pintar nombor satu di Malaysia. Secara keseluruhan, Xiaomi mempunyai pegangan pasaran sebanyak 25%…
Google Play Store Terima Kemas Kini Baru, Ini Cara Mengemas Kininya
Google Play Store, platfom yang menawarkan muat turun aplikasi-aplikasi telefon pintar Android telah pun menerima kemas kini terbaru. Versi terbaru Play Store kini adalah 29.1.10-21. Secara default, tetapan kemas kini bagi Google Play Store adalah automatik dan biasanya anda tidak sedar pun kemas kini itu berlaku kerana Google Play Store adalah aplikasi tersedia dipasang dalam…
Individu Kecewa Pintu Kereta Tesla Tak Dapat Dibuka Akibat Beku Salji
Seorang pengguna Tesla, Matt Smith telah memuat naik sebuah video di Twitter dengan nada kecewa ditujukan kepada Elon Musk. Dalam video tersebut, Matt menunjukkan dia yang cuba membuka pintu Tesla-nya namun gagal kerana pemegang pintu keretanya beku dan tersekat dengan salji. Jika anda belum pernah melihat pemegang pintu kereta Tesla, ia menggunakan konsep minimalis di…
Aplikasi Truecaller Akan Dipasang Siap-Siap Dalam Telefon Android Di Malaysia
Truecaller merupakan salah satu aplikasi yang berguna dalam telefon pintar bagi menapis panggilan spam, ataupun menjejak nombor yang berpotensi dikatakan scammer. Truecaller kini telah mengumumkan bahawa aplikasi tersebut akan dipasang secara terbina dalam telefon pintar Android di beberapa buah negara termasuklah Malaysia. Menurut Truecaller, walaupun ia dipasang secara terbina, pengguna masih lagi boleh menyahpasang aplikasi…
Pengguna iPhone Lebih Banyak Habiskan Duit Membeli Aplikasi Berbanding Pengguna Android
Berdasarkan kepada laporan kaji selidik yang dijalankan oleh laman analisis BuildFire, mereka dapati pengguna peranti pintar Apple lebih banyak membelanjakan wang mereka untuk membeli aplikasi-aplikasi berbayar, melanggan serta membuat pembelian dalam aplikasi yang ditawarkan menerusi Apple App Store. Setakat suku ketiga tahun 2021 sahaja, Apple App Store telah merekodkan peningkatan hasil jualan sebanyak USD21.5 bilion….
