Nathaniel Gleicher, Ketua Polisi Keselamatan Meta turut berkata mereka akan menambah senarai media-media kerajaan Rusia yang lain.
https://twitter.com/ngleicher/status/1497417241947607043?s=20&t=ZEKFhMpl8G2wXw6RpPLJrA
Sabtu lalu, Rusia memberi amaran kepada Meta untuk menyekat Facebook secara separa selepas Meta ingkar untuk berhenti melakukan pemeriksaan fakta terhadap kandungan daripada saluran media Rusia.
Dalam pada itu, Twitter turut melaporkan beberapa pengguna mereka di Rusia mengadu tidak dapat menggunakan platform tersebut.
Menurut pengguna di Rusia juga, kandungan seperti imej dan video di Facebook juga didapati dimuatkan (loading) lebih perlahan daripada biasa bahkan Messenger turut terkesan sehingga langsung tidak dapat dimuatkan. Platform Twitter juga tidak terlepas daripada sekatan ini.
Selain itu, pengasas Telegram tempoh hari mengatakan dia mungkin akan mengenakan sekatan terhadap beberapa saluran di platform tersebut bagi mengekang berita palsu berkenaan Rusia-Ukraine. Namun, beberapa minit selepas itu, beliau membatalkannya selepas menerima maklum balas daripada pengguna.
"Pertelingkahan" antara kerajaan Rusia dan syarikat-syarikat gergasi ini telah mula sebelum Rusia menceroboh Ukraine lagi. Hal ini disebabkan syarikat-syarikat gergasi ini tidak bersetuju dengan syarat dikenakan Rusia yang menuntut mereka mempunyai wakil rasmi di Kremlin. Ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memantau dan mengawal operasi syarikat-syarikat tersebut.
Oleh itu, Rusia kemudian mengenakan denda dan mengambil tindakan dengan "memperlahankan" akses terhadap platform mereka.
Dalam perkembangan lain, aplikasi dari Rusia seperti RT dan Sputnik kini telah dinyahsenarai daripada Google Play Store.
Sumber: Reuters
Baca juga:
- Selain Perang Peluru Antara Ukraine Dan Russia, Penggodam Juga Sedang Hangat Berperang
- Perompak Kedai Apple Di Amsterdam Yang Minta Wang Tebusan Kripto, Mati Di Hospital
- 'Video' Perang Rusia-Ukraine Ini Banyak Tontonan, Tapi Hakikatnya Hanya 'Video Game'
Berkaitan
- Terasa 'Feed' Facebook Anda Pelik Beberapa Hari Lalu? Anda Tidak Keseorangan
- Ukraine Kurnia Hadiah Keamanan Pada 3 Gergasi Teknologi Atas Sokongan Ketika Perang
- Facebook Akui Mereka Akan Rugi RM42 Bilion Tahun Ini, Tuduh Apple Sebelahi Google
- Nokia Umum Keluar Rusia, Akui Tidak Beri Kesan Besar Pada Kewangan
- Facebook Pada Telefon Ada Tab Baharu Seumpama 'Following' Pada TikTok
- United Kingdom Arah Meta (Facebook) Jual GIPHY
- Tiada Lagi Ciri Cam Wajah Pada Gambar Facebook
- Perang Rusia-Ukraine, Syarikat Pengeluar Cip Termasuk Malaysia Tidak Terkesan Buat Masa Ini
- Permintaan VPN Di Rusia Naik 2088%, Negara Ini Bagi Dana Pada 3 Penyedia VPN
- Selain WhatsApp, Ini 6 Aplikasi Berasal Dari Ukraine Yang Mungkin Anda Pernah Guna