Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permintaan Barangan Kesihatan Oleh Pengguna Malaysia Meningkat Sehingga 6 Kali Ganda Di Shopee

Permintaan Barangan Kesihatan Oleh Pengguna Malaysia Meningkat Sehingga 6 Kali Ganda Di Shopee

Diterbitkan Februari 28, 2022 · Dikemas kini Februari 28, 2022 oleh Faiz Munir

Berdasarkan data pemerhatian daripada Shopee, ia menunjukkan rakyat Malaysia kini telah lebih menyesuaikan diri dengan membeli barangan secara atas talian. Peningkatan ini mula dilihat meningkat ketika berlakunya pandemik hingga sekarang iaitu fasa pasca pandemik.

Shopee mendapati bahawa barangan yang paling banyak dibeli adalah barangan kesihatan dan penjagaan termasuklah penjagaan kesihatan, penjagaan persekitaran dan penjagaan psikologi, fizikal dan rohani.

Perkara ini menunjukkan yang rakyat Malaysia sentiasa peka dengan penjagaan kesihatan lebih-lebih lagi ketika pandemik melanda. Disebabkan itu, permintaan barangan ini telah meingkat sebanyak 6 kali ganda dalam platform tersebut.

Permintaan Barangan Kesihatan Oleh Pengguna Malaysia Meningkat Sehingga 6 Kali Ganda Di Shopee

Bukan itu sahaja, barangan perhiasan rumah seperti barangan DIY, wangian, bunga dan tumbuhan tiruan, kertas dinding dan seni dinding juga turut meningkat sehingga 10 kali ganda sejak tahun 2019. Ini kerana, rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa dirumah kerana kerana dasar bekerja dan belajar dari rumah.

Barangan lain yang turut mencatatkan peningkatan adalah barangan mengasuh bayi (5 kali ganda), barangan mainan (13 kali ganda),  dan barangan buku dan hobi (6 kali ganda) dari tahun sebelumnya.

Selain membeli barang secara atas talian, rakyat Malaysia juga berbelanja secara luar talian dengan menggunakan ShopeePay, e-dompet bersepadu Shopee dengan mencatatkan peningkatan sehingga 60 kali ganda.

Sumber: Siaran akhbar Shopee

Baca juga:

  • TNB Dan MARii Bersama Mewujudkan Garis Panduan Pengembangan Penggunaan EV Di Malaysia
  • Selain Perang Peluru Antara Ukraine Dan Russia, Penggodam Juga Sedang Hangat Berperang
  • TM Merekodkan Peningkatan Pendapatan Hampir RM700 Juta Pada Tahun 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY