Jika anda masih belum memuat turun 2 permainan ini dari Epic Games, anda masih ada masa sehingga 3 Februari ini bagi mendapatkannya dengan percuma. Epic Games kini sedang menawarkan ‘Adios’ yang berharga RM39 dan ‘Hell is Others’ berharga RM25.49 secara percuma untuk masa terhad. Menariknya adalah 2 judul permainan ini tidak memerlukan spesifikasi komputer berprestasi…
Kategori: Berita
Carl Pei Sahkan Nothing Phone (2) Yang Akan Keluar Tahun Ini Lebih Premium
Tempoh hari, Carl Pei mengatakan Nothing bukan seperti jenama lain yang terlalu kerap mengeluarkan model baharu. Namun, ia tidak bermakna Nothing Phone baharu akan dilancar 2-3 tahun lagi. Carl Pei mengesahkan bahawa Nothing Phone (2) akan dilancarkan tahun ini dan ia lebih premium daripada Phone (1). “Nak saya bagi render Phone (2)?” seloroh Pei dengan…
Kononnya Menjana Duit, Lebih 20 Juta Pengguna Android Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Ini
Penyelidik keselamatan dari Dr. Web melaporkan penemuan sebanyak 3 aplikasi Android yang didapati menipu pengguna kononnya menerusi aplikasi itu boleh menjana duit. Aplikasi palsu ini mendakwa pengguna boleh menjana wang dengan menyelesaikan pelbagai tugas. Salah satunya adalah aplikasi “Wonder Time“, yang menawarkan ganjaran maya yang didakwa boleh ditukar kepada wang sebenar. Dr. Web menjelaskan, pengguna…
Twitter Dilapor Mahu Bangunkan Platform Pembayaran Sendiri
Sejak Elon Musk mengambil alih Twitter, syarikat itu dilihat mencari pelbagai cara bagi meningkatkan pendapatannya. Terbaharu, laporan menyatakan Musk merancang untuk menjadikan Twitter sebagai platform pembayaran untuk bersaing dengan Apple Pay dan PayPal. {suggest} Mengimbas kembali, Musk pada November tahun lalu telah pun memperincikan rancangannya untuk memasuki pasaran pembayaran semasa pertemuan dengan pengiklan Twitter yang…
POCO X5 Pro 5G Dan X5 5G Akan Dilancar Pada Minggu Depan
POCO kini mengumumkan acara pelancaran global POCO X5 Pro 5G dan X5 5G dijadualkan berlangsung pada 6 Februari 2023. {suggest} Ditempatkan dalam kelas pertengahan, ura-ura mengatakan POCO X5 Pro 5G adalah versi penjenamaan semula Redmi Note 12 Speed Edition yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 778G, 108MP kamera utama serta kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas…
Jadi ‘Fenomena’, Baidu Juga Dilapor Mahu Lancar Aplikasi Seakan ChatGPT
Sejak kehadiran program kecerdasan buatan (AI) ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI, kebanyakan gergasi teknologi lain mula tidak senang duduk. Manakan tidak, kelebihan yang ada pada ChatGPT untuk memberikan jawapan yang mudah dan pantas bagi setiap soalan, membuatkan popularitinya semakin meningkat naik. Terbaharu, gergasi teknologi China Baidu, dilapor merancang untuk melancarkan perkhidmatan chatbotĀ AI seumpama ChatGPT pada…
