Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
6G_South Korea

Korea Selatan Jangka Lancar Rangkaian 6G Pada 2028

Diterbitkan Februari 22, 2023 ยท Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam keadaan pengguna di Malaysia masih bergelut dengan penawaran rangkaian 5G di negara ini, Korea Selatan selangkah kehadapan dengan mengumumkan perancangan untuk melancarkan rangkaian 6Gnya sendiri pada 2028.

Berkaitan

  • Rangkaian 6G Secara Komersial Mungkin Dilancar Pada 2029
  • Penggunaan 5G Di Malaysia Meningkat 8 Kali Ganda, Cecah 253TB Sehari - DNB
  • Kerajaan Tidak Patut Terlibat Dalam Perniagaan 5G - Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Kementerian Sains dan ICT Korea mengumumkan rancangan itu, dengan tujuan untuk membangunkan teknologi 6G bertaraf dunia, rangkaian mudah alih generasi seterusnya yang berasaskan perisian termaju, serta mengukuhkan rantaian bekalan rangkaiannya.

Bagi tujuan itu, kerajaan Korea Selatan akan memberi insentif kepada syarikat tempatan untuk menghasilkan bahan, komponen dan peralatan untuk pembangunan rangkaian 6G. Difahamkan, kajian kebolehlaksanaan menyelidik teknologi teras 6G sedang dijalankan dengan projek itu bernilai 625.3 bilion won (~RM2.12 bilion).

Menerusi insentif ini, Korea Selatan menyasarkan untuk bersaing dengan negara lain dan menjadi yang pertama. Berdasarkan firma analisis Jerman IPlytics, Korea Selatan merupakan ekonomi keempat terbesar di Asia dan menyumbang 25.9% daripada paten 5G pada 2022, sementara China menyumbang 26.8%.

Bagi paten 6G, negara itu menjangkakan dapat melepasi 30% atau lebih dalam kalangan pesaing.

Sumber: GSMArena

Gambar utama: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY