Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Lama Selepas Dilancarkan, “ChatGPT” Buatan China Gagal Berfungsi

Tak Lama Selepas Dilancarkan, “ChatGPT” Buatan China Gagal Berfungsi

Diterbitkan Februari 22, 2023 · Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas hanya beberapa jam dilancarkan kepada umum, pencabar ChatGPT buatan China yang dikenali sebagai MOSS telah gagal berfungsi.

Kegagalan itu dilaporkan berpunca daripada peningkatan trafik secara mendadak pada bot sembang yang dibangunkan dengan kecerdasan buatan (AI) itu.

MOSS dibangunkan oleh Universiti Fudan, China yang telah dilancarkan pada Isnin lalu. Tertapi pada keesokan harinya, pasukan pembangun MOSS memohon maaf selepas MOS gagal menampung trafik yang tinggi.

Ekoran itu, pasukan itu mengumumkan bahawa MOSS tidak akan kembali dibuka kepada umum lagi.

Pada hari pelancarannya, pasukan Universiti Fudan menggambarkan MOSS sebagai model bahasa perbualan seperti ChatGPT. Tetapi pada hari Selasa, nada mereka berubah mengecilkan perbandingan itu dengan mengatakan bahawa mereka perlu menambah baik MOSS.

“MOSS masih merupakan model yang sangat tidak matang, masih jauh lagi perjalanan sebelum sampai ke tahap ChatGPT. Makmal penyelidikan akademik seperti kami tidak dapat menghasilkan model yang keupayaannya hampir sama dengan ChatGPT.”

“Sumber pengkomputeran kami tidak mencukupi untuk menyokong trafik yang begitu besar dan sebagai kumpulan akademik kami tidak mempunyai pengalaman kejuruteraan yang mencukupi, sekaligus memberi tanggapan pertama dan pengalaman yang sangat buruk kepada semua orang dan kami dengan ini merakamkan permohonan maaf yang tulus kepada semua orang.”kata kenyataan yang diterbitkan di laman sesawang rasmi mereka.

Berkaitan

  • ChatGPT Buat Google Dan Meta Pening Kepala 'Tak Keruan'
  • Bos Google Beri Amaran Kepada Pengguna ChatGPT
  • ChatGPT Kurang Sesuai Sebagai Rujukan Agama - Bekas Mufti WP

Sumber: Reuters, MOSS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY