Google secara rasmi melancarkan Gemini Spark di Malaysia, sebuah ejen kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk menjalankan tugasan secara automatik di latar belakang sepanjang masa tanpa memerlukan pengguna sentiasa berada di hadapan peranti. Ditawarkan kepada pelanggan Google AI Pro dan Google AI Ultra, Gemini Spark menyokong penggunaan dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris. Ia beroperasi…
Kategori: Berita
China Beri Amaran Tindakan Balas Selepas AS Larang Import Robot Humanoid
Beijing menuduh Amerika Syarikat cuba “menindas” syarikat-syarikat China, selepas Washington melarang import robot humanoid dan robot berkaki empat yang dikilang di luar negara. Sebahagian besar robot humanoid yang dijual di Amerika Syarikat diimport dari luar, terutamanya dari China, di mana syarikat-syarikat tempatan telah memecut jauh ke hadapan dalam sektor yang sedang berkembang pesat ini. Kementerian…
AS Gunakan Alasan Sama, Kali Ini Sekat Robot China Pula
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat sekali lagi menunjukkan hipokrasinya apabila mengumumkan larangan import ke atas peranti robotik canggih dan pembalik kuasa (power inverter) buatan luar negara. Alasan yang diguna pakai? Sudah semestinya isu “keselamatan negara” yang dah biasa kita dengar. Larangan ini merangkumi robot humanoid, robot berkaki empat, hinggakan pembersih vakum robotik sekiranya tidak…
CelcomDigi Kini Tawar Yuran Ansuran 0% Untuk Telefon Pintar Baharu
CelcomDigi dengan kerjasama SPayLater kini menawarkan yuran ansuran 0% selama 6 bulan bagi membolehkan pelanggan mereka memiliki telefon pintar baharu di bawah pelan Pakej MegaJimat. Menerusi pelan ini, anda boleh menaik naik taraf ke peranti terkini dengan pembayaran yang jauh lebih fleksibel tanpa sebarang caj ansuran tambahan. Tawaran eksklusif ini sah sehingga 31 Disember 2026…
AMD Perkenalkan Radeon™ RX 9050, GPU Bajet Berharga ~RM1,140
AMD hari ini secara rasminya memperkenalkan kad grafik terbaharu AMD Radeon™ RX 9050 yang direka khas untuk memenuhi impian gamer pasaran 1080p. Bersaiz kompak, kad grafik ini menggunakan kuasa papan (board power) serendah 92W dan hanya memerlukan bekalan kuasa (PSU) 450W. Namun, ia dibekalkan dengan 16 Compute Units, kelajuan Boost sehingga 2,600 MHz, serta memori…
Microsoft Dilaporkan ‘Tak Kisah’ Pun Anda Guna Windows 11 Cetak Rompak
Kononnya, Microsoft bakal “mematikan” Windows 11 cetak rompak melalui syarat cip TPM baharu, rupa-rupanya semua khabar angin itu fiksyen semata-mata. Pengenalan syarat KMS Hardware-Secured berasaskan TPM ini sebenarnya cuma terpakai untuk pelayan (server) KMS peringkat organisasi atau syarikat besar sahaja. Ia tiada kaitan langsung dengan PC peribadi anda di rumah. Malah, kaedah haram seperti HWID…
