Gergasi teknologi China, Huawei telah melancarkan cip 5nm baharunya iaitu Kirin 9006C walaupun terdapat cubaan daripada AS untuk melumpuhkan syarikat gergasi tersebut. {suggest} Perkembangan ini berlaku hanya beberapa bulan selepas pelancaran cip Kirin 9000S 7nm yang digunakan pada telefon pintar siri Mate 60 terbarunya. Sekatan daripada AS telah memberi kesan teruk terhadap sektor teknologi China…
Kategori: Berita
Honor Pad 9 Akan Dilancar Dengan Skrin Seakan Kertas
Pihak Honor telah mengumumkan tentang sebuah tablet yang bakal dilancarkan pada bulan ini, iaitu Honor Pad 9. Honor Pad 9 turut disokong dengan teknologi paparan yang memberikan keselesaan kepada mata pengguna. Selain itu, spesifikasi lain yang ditawarkan juga jarang dapat dilihat dalam kelas harganya. Honor turut menegaskan bahawa model tablet baharunya ini telah berkembang menjadi…
Buat Ini Kalau Bar Carian Google Play Store Hilang
Baru-baru ini, Google didapati sedang melancarkan reka bentuk antara muka terbaru untuk aplikasi Google Play Store kepada beberapa pengguna telefon pintar Android secara berperingkat. Sehubungan dengan itu, pengguna-pengguna yang terlibat dengan pembaharuan ini didapati akan mengalami kehilangan bar carian untuk mencari aplikasi-aplikasi yang diingini. Gambar di atas adalah paparan antara muka Google Play Store yang…
iPhone 16 Akan Dilengkapi Butang Khas Baharu – Mark Gurman
Dalam laporan terbaharu Bloomberg, Mark Gurman berkata akan terdapat butang khas baharu untuk merakam video pada iPhone 16. {suggest} Menurut Gurman, Apple akan memberikan kelainan bagi tahun 2024 – yang mana tidak hanya tertumpu kepada iPhone, tetapi semua produk lain. Sudah tentu, iPhone masih akan mendapat naik taraf tahun depan. Akan tetapi, tidak akan ada…
Selepas Setahun Ditangguh, Cukai Barang ‘Online’ Bawah RM500 Dikenakan Mula 2024
Selepas ditangguh pelaksanaannya yang sepatutnya dikuat kuasakan pada 1 April, 2023, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dilaporkan akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan 2024. “Undang-undang cukai jualan ke atas LVG telah berkuat kuasa mulai…
MCMC Respon Terhadap Permohonan Turunkan Kandungan Di Meta Dan TikTok
Sebagai maklum balas kepada satu tajuk utama laporan berita mengenai platform Over-The-Top (OTT) termasuk Meta dan TikTok yang menyaksikan peningkatan permohonan oleh Kerajaan untuk menurunkan kandungan pada 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan, tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peningkatan kandungan memudaratkan dalam talian, dan bukannya untuk membataskan kepelbagaian pandangan….
