CES 2024 - ASUS Umum Komputer Riba Dwi-Skrin OLED Bersaiz 14 Inci

Bersempena dengan acara CES 2024 yang sedang berlangsung di Las Vegas, syarikat barangan elektronik, ASUS telah mengumumkan ketibaan produk terbaru mereka yang kini dikenali sebagai komputer riba pertama di dunia dengan paparan dwi-skrin OLED iaitu ASUS Zenbook Duo.

ASUS Zenbook Duo




Model Zenbook Duo ini dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 dengan sokongan GPU Intel Arc dan teknologi kecerdasan buatan.

Selain itu, komputer riba ini juga dilengkapi dengan memori konfigurasi 32GB LPDDR5X dan 2TB SSD PCIe 4.0. Ia juga menggunakan bateri sebesar 75Wh dan sistem audio Dolby Atmos.



Dengan berat hanya 1.35 kg, komputer riba ini mampu menyediakan paparan skrin OLED selebar 19.8 inci daripada saiz asalnya iaitu 14 inci untuk setiap skrin.

Pengguna juga dapat merasai pelbagai mod bekerja yang serba boleh seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah dengan sokongan papan kekunci yang boleh berfungsi secara terus ataupun melalui rangkaian Bluetooth.



Selain daripada produk Zenbook Duo ini, ASUS turut menampilkan beberapa produk komputer riba lain yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada 19 Januari 2023.

{suggest}

ASUS Zenbook 14 OLED




Produk ASUS Zenbook 14 yang juga menggunakan paparan skrin OLED ini dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 dan kad grafik Intel Arc bagi model (UX3405) manakala model (UM3406) menggunakan cip AMD Ryzen 8040 dan GPU AMD Radeon.

Kedua-dua model komputer riba ini juga hadir bersama bateri 75Wh, USB 3.2 Gen 1 Jenis A, slot HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5 mm.

ASUS Vivobook Pro 15 OLED




Untuk komputer riba ini, ASUS menggunakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060.

Selain itu, memori untuk Vivobook Pro 15 ini adalah 24GB DDR5 RAM serta dilengkapi dengan storan 2TB SSD NVMe.

Paparan skrin OLED selebar 15 inci ini menawarkan kualiti video 3K dengan kadar segar semula 120Hz daripada ASUS Lumina serta mempunyai kadar tindak balas 0.2 ms.

Vivobook Pro 15 ini juga lengkap dengan Wi-Fi 6E, USB-C, port Jenis A dan slot HDMI 2.1.

Siri ASUS Vivobook S




Untuk tiga model siri Vivobook S yang terdiri daripada pilihan skrin 14 inci, 15 inci dan 16 inci ini, pembeli boleh memilih dari jenis pemprosesan seperti Intel Core Ultra 9 (S5406 / S5506 /S5606) ataupun AMD Ryzen 9 8945HS (M5406 / M5506 /M5606).

Selain itu, siri Vivobook S ini juga mempunyai paparan skrin dengan resolusi 3.2K dan kadar segar semula 120Hz

Untuk info lanjut mengenai produk komputer riba terbaru daripada ASUS ini, sila layari laman web rasmi ASUS.

Sumber: Siaran Media ASUS