Moondrop, firma yang terkenal dalam industri peranti audio seperti fon kepala mewah dan DAC (Digital-to-Analog Converter) telah mendedahkan imej acah telefon pintar Android pertma mereka. Peranti yang dikenali sebagai MIAD01 itu merupakan visi syarikat itu untuk menggabungkan kepakarannya dalam audio dengan telefon pintar Android. Tidak sekadar imej acah, Moondrop turut mendedahkan lebih lanjut tentang spesifikasi…
Kategori: Berita
Honda Cipta Aplikasi Bantu Penumpang Buta ‘Melihat’ Ke Luar Dari Tingkap Kereta
Honda telah mencipta aplikasi yang dipanggil ‘Honda Scenic Audio’ untuk membantu orang buta ‘melihat’ dengan menceritakan pemandangan perjalanan kereta menggunakan rangkaian teknologi AI. Aplikasi ini dibangunkan dengan kerjasama Perkins School for the Blind dan Alabama Institute for the Deaf and Blind serta melibatkan sekumpulan orang cacat penglihatan bagi menguji aplikasi tersebut. Laman TopGear diberitahu Honda…
Matahari Akan Berada Tepat Di Atas Kaabah, 27 Mei 2024, Isnin, Jam 17.18
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini memaklumkan, akan berlakunya perisitiwa di mana Matahari berada di kedudukan tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.. Peristiwa itu dijangka akan berlaku pada 27 Mei 2024, hari Isnin, jam 5.18 petang waktu Malaysia. Pada ketika itu,…
Tentera Korea Dilaporkan Mungkin Haramkan iPhone, Samsung Galaxy Kekal Dibenarkan
Media tempatan Korea Selatan melaporkan, tentera Korea Selatan sedang mempertimbangkan pengharaman menyeluruh ke atas iPhone atas isu keselamatan. Keputusan ini dilaporkan dibuat selepas mesyuarat bersama tentera, tentera laut dan ibu pejabat tentera udara. Jika ia dilaksanakan, iPhone akan diharamkan dari semua ibu pejabat tentera serta unit bawahan. Ia akan digantikan dengan telefon Android, khususnya yang…
Rakyat Malaysia Lebih Sukakan Saiz TV Gergasi
Baru-baru ini, Samsung Electronics telah mendedahkan hasil kajian daripada TV Awareness Study yang mendapati bahawa sejumlah besar penduduk di wilayah Asia Tenggara dan Oceania (SEAO) tidak terkecuali negara Malaysia telah menjadikan pemilikan TV berskrin besar sebagai sesuatu yang normal. Kajian yang dibuat Samsung itu mendapati, skrin besar lebih popular berbanding sebelum ini dengan 30% pengguna…
WhatsApp Uji Ciri Dail Nombor Telefon Secara Terus Dalam Aplikasi
WhatsApp kini dilaporkan sedang menguji ciri pendail dalam aplikasiĀ itu. {suggest} Melalui perkongsian WABetaInfo, ia menunjukkan ciri baharu itu akan tersedia dalam aplikasi WhatsApp. Walaupun belum jelas bagaimana pelaksanaannya kelak, namun ia mungkin menawarkan kemudahan untuk membuat panggilan melalui Whatsapp dengan hanya mendail nombor telefon secara terus dalam aplikasi. Kadangkala, pengguna mungkin hanya menghubungi seseorang untuk…
