Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Larang Pekerja Guna AI Generatif Seperti ChatGPT

Samsung Hantar Lebih Banyak Telefon Walaupun Digabungkan Semua Jumlah Dari 3 Pesaingnya Dalam 10 Tahun

Diterbitkan Mei 17, 2024 ยท Dikemas kini Mei 17, 2024 oleh ariff bukhari

Samsung membuktikan penguasaannya dalam pasaran telefon pintar global selepas menghantar hampir 3 bilion unit telefon pintar dalam tempoh 10 tahun ini menurut data yang dibentangkan oleh AltIndex.com.

Ia berdasarkan tinjauan Penjejak Telefon Mudah Alih Suku Tahunan Sedunia IDC di mana Samsung menghantar hampir tiga bilion telefon pintar dalam dekad yang lalu.

Jumlah itu sekali gus adalah 33% lebih daripada Apple atau lebih 700 juta unit telefon pintar dari Apple.

Malah jumlah telefon pintar yang dihantar Samsung itu adalah lebih daripada gabungan tiga pengeluar telefon pintar utama dari China iaitu Xiaomi, Huawei dan vivo.

Total shipments of the world`s top smartphone producers from Q1 2014 to Q1 2024
Annual smartphone shipments of Apple and Samsung from 2014 to 2024

Menariknya, gergasi teknologi Korea Selatan mencipta jurang jualan yang besar walaupun jualannya merosot secara berterusan antara 2014 dan 2022.

Pada tahun 2014 merupakan salah satu tahun terbaik untuk jualan barisan Samsung Galaxy dengan kejayaan Samsung menghantar sejumlah 292.3 juta telefon pintarnya ke seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, menjelang akhir tahun 2022, penghantaran tahunan telefon pintar oleh syarikat itu telah menurun sebanyak 18% kepada 258 juta.

Sungguhpun begitu, Samsung masih kekal menguasai pasaran telefon global bagi suku pertama tahun 2024 mengatasi pesaing utamanya yang lain dengan penguasaan pasaran sebanyak 20%.

Canalys Preliminary Smartphone Market Pulse: Q1 2024

Bagaimana dengan di Malaysia pula?

Samsung mungkin menguasai pasaran telefon pintar global. Namun, untuk pasaran tempatan, Xiaomi mempunyai volum penghantaran tertinggi di Malaysia dengan mengatasi jauh pesaingnya yang lain setakat Februari 2024 dengan mencapai pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 56% selepas syarikat itu berjaya menghantar sejumlah 133,000 unit telefon pintar.

Jumlah itu termasuklah sub-jenama POCO; OPPO termasuk OnePlus berdasarkan data dari Canalys.

Malaysia smartphone shipments

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Jauh Tinggalkan Pesaing, Xiaomi Kuasai Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia Setakat Februari 2024

Sumber: AltIndex.com

Rujukan: Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY