Pavel Durov, CEO dan pengasas bersama Telegram kini menghadapi pertuduhan dalam siasatan jenayah terancang pada aplikasi pemesejan itu, serta tidak dibenarkan meninggalkan Perancis. Antaranya termasuk disyaki “bersubahat” dalam menjalankan platform dalam talian yang membenarkan transaksi haram, imej penderaan seks kanak-kanak, penyeludupan dadah dan penipuan, serta keengganan untuk menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa, pengubahan wang haram dan…
Kategori: Berita
OPPO Reno12 Pro, Telefon Pintar AI Terbaik EISA 2024/25
Jika HONOR 200 Pro dinobatkan sebagai produk terbaik bagi kategori telefon pintar oleh EISA pada tahun ini, OPPO Reno12 Pro pula berjaya merangkul anugerah EISA bagi kategori telefon pintar AI terbaik EISA 2024/25. Menurut EISA, OPPO Reno12 Pro cemerlang dengan keupayaan AI canggihnya dalam pelbagai aspek. Antara ciri AI yang disebutkan adalah AI Eraser 2.0…
EISA Nobatkan HONOR 200 Pro Telefon Pintar Terbaik 2024/25
Untuk anugerah tahunan EISA (Persatuan Pakar Pengimejan dan Bunyi) bagi tahun 2024/25 ini, telefon pintar HONOR 200 Pro telah dinobatkan sebagai produk terbaik bagi kategori telefon pintar. EISA dalam ulasannya menyatakan, HONOR 200 Pro menonjol sebagai telefon pintar terbaik kerana kameranya yang baik, prestasi dan kemasan yang cantik. HONOR 200 Pro menampilkan tiga kamera di…
Pengguna Kini Boleh Pindahkan Senarai Lagu Apple Music Ke YouTube Music
Pelanggan Apple Music kini boleh memindahkan playlist atau senarai lagu yang disuaikan ke YouTube Music, menurut dokumen sokongan terbaru Apple. Namun begitu, hanya lagu yang tersedia di YouTube Music boleh dipindahkan. Bermakna, pengguna tidak dapat memindahkan fail audio seperti podcast, buku audio atau fail audio yang dimuat naik. Selain itu, fail muzik dan folder yang…
Google Play Store Tambah Sokongan Kemas Kini Berbilang Aplikasi Serentak
Google Play Store kini menambah sokongan untuk muat turun kemas kini berbilang aplikasi secara serentak. Pada April lalu, Google telah pun melancarkan keupayaan untuk muat turun berbilang aplikasi serentak. Akan tetapi, ia hanya terhad untuk pemasangan aplikasi baharu sahaja. Dengan penambahan baharu ini, ciri itu diperluaskan untuk kemas kini aplikasi. Pastinya, ia menjadi lebih berguna…
Kurang 24 Jam Saja Lagi Untuk Anda Sambar 2 ‘Game’ Ini Berharga Lebih RM200 Secara Percuma
Jika anda belum mendapatkan lagi 2 judul permainan ini dari stor Epic Games, baik anda lakukannya segera. Ini kerana, 2 judul permainan itu, Gigantic: Rampage Edition dan The Callisto Protocol yang masing-masing berharga RM39.99 dan RM199 boleh dimuat turun secara percuma untuk masa terhad. Tawaran ini akan berakhir esok malam (29 Ogos 2024) tepat pada jam 11.00…
