Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi-Watch-5-Lite-4 (1)

Redmi Watch 5 Lite Dilancar Di India, Sokong Panggilan Bluetooth, Bateri Sehingga 18 Hari

Diterbitkan September 26, 2024 oleh Rushsyafizal

Xiaomi secara rasmi telah melancarkan jam tangan pintar terbaharunya, Redmi Watch 5 Lite, seperti jangkaan sebelum ini, jam ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan peminat kecergasan dan pengguna kasual, jam tangan ini menawarkan reka bentuk elegan, penjejakan kesihatan, panggilan Bluetooth, dan bateri yang tahan lama.

Redmi Watch 5 Lite menampilkan skrin AMOLED besar bersaiz 1.96 inci dengan resolusi tinggi 410 x 502 piksel dan kecerahan sehingga 600 nits. Paparan ini memastikan visual yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang, membolehkan pengguna melihat notifikasi, statistik kecergasan, atau masa dengan mudah. Reka bentuk metallic jam ini juga memberikan sentuhan elegan sambil mengekalkan ketahanan, lengkap dengan penarafan kalis air 5ATM yang membolehkan ia digunakan semasa berenang atau dalam keadaan hujan.

Redmi-Watch-5-Lite-1 (1)

Salah satu ciri utama yang menarik adalah keupayaan panggilan Bluetooth. Dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara terbina, pengguna boleh membuat dan menerima panggilan terus dari jam. Teknologi pembatalan hingar menjanjikan pengalaman panggilan yang lancar dengan pengurangan bunyi latar belakang, sesuai untuk mereka yang ingin kekal berhubung tanpa perlu melihat telefon dengan kerap.

Redmi Watch 5 Lite menawarkan pelbagai ciri penjejakan kesihatan, termasuk pemantauan kadar denyutan jantung 24/7 dan sensor oksigen dalam darah (SpO2). Jam ini turut menjejak kualiti tidur, tahap tekanan, dan kitaran haid wanita, memberikan pandangan yang lebih lengkap mengenai kesihatan pengguna.

Redmi Watch 5 Lite Dilancar Di India, Sokong Panggilan Bluetooth, Bateri Sehingga 18 Hari

Bagi pencinta kecergasan, terdapat lebih daripada 160 mod sukan yang boleh dijejaki oleh jam ini, dari larian hingga yoga. Dengan lebih daripada 200 muka jam yang boleh disesuaikan, serta ciri Always-On Display, pengguna boleh memperibadikan jam mereka dengan mudah.

Dengan bateri 470mAh, Redmi Watch 5 Lite boleh bertahan sehingga 18 hari dalam penggunaan biasa. Walaupun dengan penggunaan berat seperti panggilan Bluetooth dan pemantauan kesihatan berterusan, jam ini masih boleh bertahan sehingga 12 hari.

Redmi Watch 5 Lite tersedia dalam dua warna iaitu Hitam dan Emas Muda, pada harga INR3,999 (~RM199). Buat masa sekarang, tidak pasti sama ada ia dibawa ke pasaran Malaysia atau tidak.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Insta360 Link 2 Dan 2C, Kamera Web Baharu Dengan Ciri Pembatalan Hingar AI
  • TikTok Ada Potensi Kena 'Ban' Di Amerika Syarikat, Dituduh Kongsi Data Rakyat AS Dengan Kerajaan China
  • MCMC, KPT Akan Segera Selesaikan Isu Capaian Internet Di Beberapa Kampus IPTA - Fahmi

Sumber : Fonearena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY