Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Berdepan Serangan Ransomware REvil, Acer Mungkin Perlu Membayar Tebusan Bernilai $50 Juta

Berdepan Serangan Ransomware REvil, Acer Mungkin Perlu Membayar Tebusan Bernilai $50 Juta

Diterbitkan Mac 22, 2021 oleh Amalina Athman

Gergasi komputer terkenal dari Taiwan, Acer kini menjadi sasaran serangan ransomware REvil dimana syarikat itu diminta untuk membayar $50 juta (~RM205.6 juta) bagi mendapatkan kembali akses rangkaian syarikat itu.

Menurut laporan BleepingComputer, penggodam turut mendedahkan data yang melibatkan dokumen berkaitan termasuk maklumat kewangan dan bank melalui satu laman web.

Berdepan Serangan Ransomware REvil, Acer Mungkin Perlu Membayar Tebusan Bernilai  Juta

Dengan nilai tebusan yang diminta, ia merupakan yang tertinggi pernah direkodkan bagi serangan ransomware. Sebagai tambahan, jika Acer tidak membuat pembayaran sehingga 28 Mac 2021, nilai tebusan juga akan meningkat kepada $100 juta.

tor-payment-site (1)

Bagi pihak Acer, mereka tidak memberikan perincian yang jelas mengenai serangan ransomware REvil tersebut. Namun mengatakan pihaknya mengesan situasi yang tidak normal terhadap sistem IT mereka.

Buat masa ini, ia masih dalam siasatan dan belum diketahui bagaimana Acer akan menyelesaikannya.

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY