Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CYRCLE PHONE 2

Bentuk Telefon Pintar Android Ini Seakan Peranti Radar Dragon Ball

Diterbitkan Januari 12, 2020 oleh ariff bukhari

Dikuasakan oleh Android 9 dan dilengkapi 2 sambungan fon kepala.

Jika anda sudah bosan dengan telefon pintar yang berbentuk segi empat tepat, apa kata anda mencuba pula telefon pintar yang berbentuk bulat seakan radar Dragon Ball.

Dibangunkan oleh firma pemula dTOOR dari A.S, telefon pintar yang dinamakan sebagai Cyrcle Phone ini telah membuat kemunculan di CES 2020 baru-baru ini menerusi generasi ke-2 nya.

Bentuk Telefon Pintar Android Ini Seakan Peranti Radar Dragon Ball
Cyrcle Phone. Kredit: Cnet

Cyrcle dikuasakan oleh sistem operasi Android 9 dan dilengkapi dengan skrin LCD sentuh berdiameter 3.45 inci, RAM berkapasiti 2GB, storan terbina dalam bersaiz 16GB dan bateri berkapasiti 2,000mAh.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sambungan Micro-USB dan USB Type-C serta 2 sambungan fon kepala.

Ia juga turut dilengkapi 2 kamera 13MP dibahagian belakang dan hadapan dan menyokong 2 kad sim.

Cyrcle dijangka akan mula boleh dipra-tempah pada suku kedua tahun ini dan dijual pada harga  USD500.00.

Sumber: Cnet dan BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY