Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Exynos

Belum Tiba Masanya, Pelancaran Exynos Dengan GPU AMD Dilapor Ditunda

Diterbitkan Januari 11, 2022 · Dikemas kini Januari 11, 2022 oleh Amsyar Latif

“Playtime is over”, nampaknya belum “over” lagi. Hal ini kerana terdahulu Samsung Exynos mengesahkan bahawa Exynos baharu sepatutnya dilancarkan hari ini, 11 Januari 2022.

Namun, Ice Universe menerusi ciapan terbarunya mengatakan Samsung menunda pelancaran cip pemprosesan tersebut sekali lagi. Bagaimanapun, mungkin Samsung akan melancarkannya dalam masa terdekat juga.

Samsung postponed the release of Exynos2200. Since last year, the release of Samsung exynos has not been smooth. In fact, the Exynos 1200 was originally planned in November, but it was cancelled halfway. It seems that many things happen inside Samsung LSI, but not a good thing.

— I'm back! (@UniverseIce) January 11, 2022

Ia disebabkan media Korea Selatan sebelum ini turut mendakwa bahawa Samsung mengesahkan tarikh pelancaran siri Galaxy S22 dikhabarkan mengambil tempat pada 8 Februari 2022.

Tambahan lagi, Samsung juga tidak akan melancarkan dua perkara dalam satu masa. Jadi, dijangka seawal minggu hadapan kita bakal melihat Exynos 2200 ini.

Pada masa yang sama, twit Samsung bersama video acah yang dikongsikan terdahulu juga sudah tidak kelihatan. Bermakna, berkemungkinan besar mereka menunda pelancaran Eyxnos tersebut.

Apa-apa pun, Samsung mungkin berbuat demikian kerana mahu mempertingkatkan lagi keupayaan Exynos 2200, terutama dari segi kecekapan tenaga. Sekiranya nak dibandingkan, prestasi CPU Snapdragon 8 Gen 1 jauh lebih baik setakat ini.

Does anyone know why Samsung removed all #PlaytimeIsOver teasers?
It was about Exynos with RDNA2 GPU.
Even the website is down. pic.twitter.com/SVUT1t2774

— VideoCardz.com (@VideoCardz) January 10, 2022

Baca juga:

  • Samsung S21 FE Rasmi Di Malaysia, Pratempah Untuk Dapat Harga Serendah RM2,549

  • Cip Pemprosesan Exynos 2200 Bakal Memfokuskan ‘Gaming’

  • Pengguna Spotify Mungkin Kena Tunggu Lagi Untuk Muzik HiFi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY