Peranti ini merupakan peranti yang memuatkan fungsi-fungsi menarik Samsung S21 ultra pilihan peminat dalam satu peranti yang lebih kompak. Dengan cara ini, Samsung dapat membina inisatif 2 hala antara peminat dan bisnes.

Selain itu, Samsung juga ingin penggunanya dapat merasai pengalaman guna yang menakjubkan peranti ini. Oleh itu, Samsung memperkenalkan FE dalam Samsung Siri S yang menggunakan cipset andalan, kamera yang cantik, skrin yang baik dan banyak lagi.
Jika ada yang tertanya-tanya, ini adalah spesifikasi ringkas Samsung s21 Fan Edition:
- Cip pemprosesan: Exynos 2100 (5nm)
- Skrin: 6.4 inci FHD+ Dynamic AMOLED, 120Hz kadar segar semula
- Kamera: 12MP utama, 12MP ultra lebar, 8MP telefoto dan 32MP swafoto
- Bateri: 4500mAh, pengecasan 25W dan 15W wayarles
- Sistem: One UI 4 berasaskan Android 12
- Storan: 8GB RAM + 128/256GB ROM

Samsung S21 FE didatangkan dengan 4 warna iaitu Graphite, Olive, Lavender dan White. Peranti ini sudah boleh mula dipratempah bermula 6 Januari hingga 10 Januari 2022. Jika anda membuat pratempah dalam tempoh ini, anda boleh rebat e-baucar sebanyak RM350 dan Samsung Care+ yang bernilai RM220. Ini harga Samsung s21 FE untuk 2 varian:
Samsung Galaxy S21 FE 5G
- 8GB + 256GB - RM3,099 (RM2,749 ketika pratempah)
- 8GB + 128GB - RM2,899 (RM2,549 ketika pratempah)

Selain itu, daripada 6 Januari hingga 28 Februari 2022, anda juga boleh dapatkan potongan 20% dan 30% untuk aksesori dan peranti boleh pakai terpilih dengan setiap pembelian Samsung S21 FE. Promosi ini boleh ditebus di Gedung Rasmi Samsung Malaysia, Kedai Samsung Experience dan Kedai Samsung berautoriti.
Sumber: Siaran akhbar Samsung
Baca juga:
- vivo V23 Dengan Varian Yang Boleh Berubah Warna
- Akhirnya Google Pixel Dah Sokong VoLTE, Tapi Kena Pakai Telco Yoodo
- WhatsApp Pada iPhone Akan Papar Gambar Profil Di Notifikasi Kelak
Berkaitan
- Samsung Mungkin Gunakan MediaTek Pada Peranti Andalan Mereka Pada Masa Hadapan
- Produk Samsung Terkena Banjir? Anda Boleh Hantar Untuk Diperiksa Secara Percuma
- Prestasi Snapdragon 8 Gen 1 Dan Exynos 2200 Hampir Setara Pada Samsung Galaxy S22 Ultra
- Samsung Sahkan Beri Kemas Kini Android Selama 4 Tahun Untuk Siri Galaxy Andalan Mereka
- Ini Antara Produk Yang Ada Diskaun Di Shopee Pada 2 Februari
- Tak Sangka, Samsung Juga Mungkin Akan Menggunakan Dimensity 9000
- Baru Keluar Dah Buat Hal, Siri Samsung Galaxy S22 Dibuang Daripada Senarai GeekBench
- ZTE Perkenal Peranti Android Pertama Sokong Fungsi Seperti MagSafe
- Dengan Samsung Galaxy A33, Telefon Kelas Bajet Pun Dah Ada Ciri IP67
- Awas! Penggodam Boleh Mengambil Alih Peranti Samsung Yang Tidak Dikemaskini