Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
exynos rdna2 amd

Cip Samsung Dengan Grafik AMD Akan Diperkenalkan Januari Ini

Diterbitkan Disember 31, 2021 oleh Helmi Samsuri

Laporan mengenai kerjasama antara Samsung dengan AMD sudahpun kita dengar sejak 2019 lagi. Hubungan yang terjalin antara dua gergasi ini bakal diterjemahkan ke dalam bentuk cip pemprosesan, dimana keupayaan grafik digalas oleh cip RDNA2 milik AMD.

Setelah beberapa kali dianjak tarikh pengenalannya, Samsung akhirnya membuka mulut mengesahkan yang mana cip baharu mereka itu akan tampil rasmi pada 11 Januari 2022.

#PlaytimeIsOver. The gaming marketplace is about to get serious. Stay tuned for the next #Exynos with the new GPU born from RDNA 2. January 11, 2022. pic.twitter.com/5V547CpDkP

— Samsung Semiconductor (@SamsungDSGlobal) December 30, 2021

Ini sememangnya menarik kerana dengan kehadiran RDNA2 pada cip Exynos, ia bakal menawarkan kemampuan ray tracing serta variable rate shading pada peranti mudah alih. Ura-ura mengatakan cip ini bakal diperkenalkan dengan nama Exynos 2200.

Kita juga boleh menjangkakan yang mana ia akan dipasarkan melalui siri Galaxy S22 yang diramal hadir sekitar Februari.

Baca juga:

  • Jangan Beli Laptop Selagi Anda Tak Baca 11 Perkara Penting Ini
  • Beli Laptop Percuma Printer
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY