Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung exynos

Cip Pemprosesan Exynos 2200 Bakal Memfokuskan ‘Gaming’

Diterbitkan Disember 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Semua sedia maklum, Samsung bakal melancarkan cip pemprosesan baharu sekitar awal Februari 2022 yang mana ia mungkin digelar Exynos 2200.

Terbaru, mereka telah berkongsikan video di mana ia sangat kuat dikaitkan dengan cip pemprosesan tersebut.

Apa menariknya, video itu seolah-olah memfokuskan permainan mudah alih. Malah, Samsung menerusi laman rasmi mereka turut menyatakan bahawa video terbaru itu memaparkan yang pengguna masa kini sudah mula beralih daripada konsol kepada telefon.

Disebabkan itu, tidak hairanlah Exynos 2200 akan memfokuskan gaming. Lebih menguatkan lagi perkara ini, cip Exynos akan datang ini juga didatangkan GPU daripada AMD dan bakal menyokong HDR gaming, ray-tracing serta VRS (variable rate shading).

Bercakap tentan Exynos 2200, ia diramalkan hadir dengan pemproses 4nm, GPU AMD RDNA 2, satu teras Cortex-X2, tiga teras Cortex-A710 dan 4 teras Cortex-A510.

Sumber: SamMobile

Baca juga:

  • Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan

  • Ini Rupa Siri Samsung Galaxy Tab S8, Saiz Skrin Sebesar ‘Laptop’

  • Kemampuan Grafik Exynos 2200 Dikatakan Setara Snapdragon 888

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY