Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aerotrain klia

Belum Ada Tarikh Tetap Untuk Aerotrain Beroperasi – Loke

Diterbitkan Januari 16, 2025 · Dikemas kini Januari 16, 2025 oleh Amalina Athman

Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) kini masih di peringkat ujian pelbagai fasa.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.

Sekarang (kontraktor) masih menjalankan ujian dinamik tapi lepas itu ada ujian sistem sepenuhnya dan penyepaduan sistem, sebelum boleh diserahkan kepada pihak berkuasa untuk buat ujian terakhir… walaupun sebelum ini mereka memberikan gambaran bahawa ia boleh siap pada 31 Jan, tetapi setakat ini mereka belum berikan tarikh yang tetap atau tarikh tertentu untuk Aerotrain (beroperasi).

Aerotrain, sistem transit automatik yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadi tulang belakang pengangkutan dalaman lapangan terbang sejak mula beroperasi pada 1998.

Namun, dengan usia perkhidmatan melebihi dua dekad, sistem ini semakin kerap mengalami gangguan teknikal.

Pada tahun lalu, Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) mengumumkan langkah untuk menggantikan sistem Aerotrain yang lama dengan baharu.

Penggantian Aerotrain ini dijangka meningkatkan pengalaman penumpang di KLIA, mengurangkan risiko gangguan operasi, serta menyokong pertumbuhan trafik penumpang udara.

Berkaitan

  • KLIA: Sepatutnya Tukar 5 Tahun Lepas, Aerotrain Diumum Beroperasi Tahun Depan
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Pelancaran Lorong Imbasan Kod QR Di KLIA: Proses Imigresen Lebih Pantas Tanpa Kompromi Keselamatan
  • Pengembara Warganegara Malaysia Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY